HUAWEI Ramadan Specials – Peluang Menangi Tiket Penerbangan Ke Tokyo + Tawaran Baucer Sehingga RM100

391
**********

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, HUAWEI Malaysia telah mengadakan promosi “HUAWEI Ramadan Specials” bermula 12 Mei hingga 24 Mei 2019.

Sepanjang tempoh promosi ini, anda berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Tokyo apabila membeli peranti Huawei dengan nilai minimum RM1,500 dalam satu transaksi di HUAWEI Online Official Store.

Selain hadiah utama, hadiah kedua adalah HUAWEI P30 Pro 256GB bagi dua pemenang bertuah, dan hadiah ketiga pula adalah HUAWEI Watch GT untuk dua pemenang bertuah juga.

Cabutan bertuah ini sangat mudah sahaja, hanya perlu isi borang di pautan berikut diikuti dengan menjawab soalan ringkas. Pemenang bertuah akan diumumkan pada 13 Jun 2019 melalui laman FB Huawei Mobile.

Lebih menarik lagi, anda juga boleh mengumpul baucer bernilai RM10, RM25, RM50 dan RM100 melalui kutipan ketupat yang dipaparkan pada skrin di laman Huawei Online Official Store. Setiap pengguna mempunyai 3 kali percubaan pada setiap hari, dan setiap baucer hanya boleh digunakan dalam satu transaksi pembelian sahaja.

Tawaran promosi baucer ini bermula 10 Mei hingga 20 Mei 2019, dan anda boleh menuntut baucer mulai 12 Mei hingga 24 Mei 2019.

_______________________

Artikel Berkaitan:

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here