HONOR 20 Rasmi – Rekaan Skrin Berlubang + Kamera Utama 48MP + Sokong Kirin 980

348

Seiring pelancaran HONOR 20 Pro, syarikat tersebut turut muncul dengan sebuah lagi pewaris baru iaitu HONOR 20. Sama hebat seperti adik-beradiknya, HONOR 20 juga hadir dengan penawaran yang bukan calang-calang.

HONOR 20 menggunakan antaramuka Magic UI 2.1 berasaskan Android Pie 9.0. Peranti ini membawakan rekaan berlubang pada paparan bersaiz 6.26″ All-View Display. Enjin peranti dijana oleh cip pemproses Kirin 980 (Dual NPU) bersama memori 6GB RAM + 128GB ROM. Menambah rencah, ia turut hadir dengan sokongan GPU Turbo 3.0.

Untuk kamera, HONOR 20 tampil dengan ketersediaan empat kamera utama bersama gabungan lensa : 48MP (f/1.8) + 16MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4). Untuk kamera hadapan, peranti ni dilengkapi lensa sebesar 32MP yang pasti mampu merakam imej mempersona.

Bagi bateri, HONOR 20 hadir disertakan bateri berkapasiti 3,750mAh bersama sokongan SuperCharge 22.5W. Menariknya, peranti ini turut hadir dengan sokongan audio dilengkapi Virtual 9.1 Surround Sound untuk pengalaman yang menarik untuk pengguna.

HONOR 20 tersedia dalam sejumlah pilihan warna yang menarik seperti Midnight Black, Saphire Blue dan Icelandic White. Pewaris baru HONOR ini ditawarkan pada harga € 499 (kira-kira : RM 2,331).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here