HONOR 20 Rasmi Di Pasaran Tempatan – Dijual Pada Harga RM1,699

379
**********

Siri HONOR 20 baharu sahaja dilancarkan di peringkat global dua hari lalu. Menambah keringan ramai, kini peranti tersebut telah pun dirasmikan untuk pasaran tempatan. Menawarkan spesifikasi terbaik pada harga berpatutan, HONOR 20 dijual pada tanda harga RM 1,699.

Peranti ini membawakan rekaan berlubang bersama paparan skrin pada saiz 6.26″ FHD+  All-View Display. Ia dijana oleh pemproses Kirin 980 (Dual NPU) dan dibantu RAM sebesar 6GB dan storan dalaman 128GB. Lebih menarik, peranti ini disertakan dengan teknologi GPU Turbo 3.0 untuk pengalaman gaming lebih mengasyikkan.

Dari aspek penggambaran, HONOR 20 tampil dengan ketersediaan empat kamera utama  dengan gabungan lensa sebesar 48MP (f/1.8) + 16MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4). Bagi kamera hadapan juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan lensa bersaiz 32MP.

Melengkapinya, bateri berkapasiti 3,750 mAh dengan sokongan HONOR  SuperCharge 22.5W. Selain itu, peranti ini menggunakan antaramuka Magic UI 2.1 berasaskan Android Pie 9.0. Menariknya, peranti ini turut hadir dengan sokongan audio dilengkapi Virtual 9.1 Surround Sound untuk pengalaman yang menarik untuk pengguna.

Tersedia dalam dua pilihan warna menarik seperti Midnight Black dan Sapphire Blue, ketersediaan peranti ini akan ditawarkan tidak lama lagi. Lebih seronok, setiap pembelian bakal menerima hadiah menarik bernilai RM500 termasuk HONOR Backpack, HONOR Soundstone dan HONOR Band 4! Stay tuned dengan eRing untuk lebih update terkini!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here