HONOR 20 Pro Diperkenal – Sokong Kirin 980 + Kamera Utama 48MP + GPU Turbo 3.0 

371

Seperti yang dijanjikan, HONOR akhirnya memperkenalkan HONOR 20 Pro kepada umum dalam acara pelancaran yang berlangsung di London, sebentar tadi. Peranti ini dilihat hadir dengan penawaran menarik di samping spesifikasi terkini.

HONOR 20 Pro membawakan skrin berukuran 6.26″ All-View display dengan rekaan paparan berlubang. Menjananya, cip pemproses Kirin 980 (Dual NPU), dibantu memori 8GB RAM + storan 256GB (berasaskan UFS 2.1) . Selain itu, peranti ini turut menyertakan sokongan GPU Turbo 3.0 dan teknologi Graphene Cooling Sheet.

Peranti ini dilengkapi  empat kamera utama : 48MP (f/1.4) + 16MP (F/2.2) +  8MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4). Kamera ini menyokong 3x lossless optikal zoom dan 30x digital zoom. Ia juga mampu merakam penggambaran makro pada jarak 4 cm. Kamera hadapan tampil dengan 32MP AI Selfie.

HONOR 20 Pro menyertakan bateri 4,000mAh bersama SuperCharge 22.5W. Antaramuka digunakan adalah magic UI 2.1 berasakan Android Pie 9.0. Menariknya, ia juga dilengkapi teknologi Virtual 9.1 Surround Sound untuk sokongan bunyi yang baik. Tersedia dalam warna Phantom Blue & Phantom Black, HONOR 20 Pro ditawarkan pada harga €599 (kira-kira : RM 2,331).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here