Digi & ZTE Menandatangani MoU Untuk Meneroka Inovasi 5G Buat Malaysia

428
MoU telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Teknologi Digi, Kesavan Sivabalan dan Pengarah Urusan ZTE (Malaysia) Corporation, Steven Ge.

Digi baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ZTE (Malaysia) Corporation Sdn Bhd (ZTE) bagi melanjutkan penerokaan potensi teknologi 5G di Malaysia.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan meneroka pelbagai aspek kolaborasi yang diperlukan untuk merealisasikan teknologi 5G di Malaysia. Ia melibatkan ciri-ciri dan fungsi jaringan hujung-ke-hujung (end-to-end), ujian rintis (pilot trials) bagi kes kegunaan 5G untuk Jalur Lebar Mudah Alih yang diperkayakan (enhanced Mobile Broadband), serta Akses Tanpa Wayar Tetap (Fixed Wireless Access) dan sebagainya. Ujian-ujian ini akan dijalankan dengan jalur spektrum (spectrum band) 5G yang rendah, sederhana dan tinggi.

Usahasama ini menjadi sebahagian daripada langkah Digi untuk mengimplementasi teknologi 5G di dalam negara, agar ia dapat dimanfaatkan oleh warga tempatan dalam jangka masa panjang.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here