COROS APEX Jam Tangan Pintar Premium Multisport Kini Sudah Tersedia Di Malaysia, Dijual Pada Harga Bermula Dari RM1299!!!

430
**********

Setelah memulakan pra-tempahan pada minggu lalu, COROS APEX kini sudah tersedia bagi pembelian di Malaysia bermula hari ini yang mana ia dijual pada harga RM1299 bagi APEX 42mm dan RM1499 bagi APEX 46mm. Ia merupakan sebuah jam tangan yang direka untuk latihan intensif, keselamatan dan efisen setiap hari ketika melakukan aktiviti luar.

Jam ini mampu untuk meramal peringkat stamina, kesan latihan aerobik/anaerobik dan waktu pemulihan. Pengiraan adalah berdasarkan keupayaan COROS yang mana ia merupakan 79% tepat.

Ia juga turut dilengkap dengan ciri penjejak yang mana sangat perlu ketika anda perlu mengetahui arah. Jam ini juga mampu merangka latihan berdasarkan pengiraan kadar degupan jantung yang mana ia akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Warm up, Latihan dan Cool Down. Ia akan memberikan durasi masa dan sasaran bagi setiap peringkat. Ia tersedia bagi Aerobic dan Anaerobik.

Bagi mengelak daripada kecederaan, latihan yang betul perlu dilakukan. COROS boleh menentukan usaha keseluruhan anda yang mana ia dicerakinkan kepada paras stamina(0-100)dan kesan latihan (0-6). Ia akan memberitahu anda bila waktu untuk berehat.

Ia juga boleh memberikan kepada anda analisis secara grafik latihan anda termasuklah VO2 max, nasihat pemulihan, beban latihan selama 7 hari, indeks kecerdasan peribadi dan banyak lagi.

Disebabkan ia diperbuat daripada APEX 46mm dengan titanium alloy bezel finish dan APEX 42mm dengan ceramic bezel dan disertakan sapphire glass untuk keselamatan. Ia juga mampu bertahan lama ketika menggunakan normal mode ia mampu bertahan sehingga 35 jam dan penggunaan biasa sehingga 30 hari.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here