Computex 2019: ROG Strix Hero III Turut Dirasmikan, Dijual Pada Harga RM6699

870
**********

ASUS Republic Of Gamers(ROG) bukan sahaja melancarkan ROG Strix G dan ROG Strix Scar III, tetapi mereka turut melengkapkan barisan komputer gaming mereka dengan melancarkan ROG Strix Hero III yang mana bakal dijual pada harga RM6699.

Strix Hero III  memamparkan kemampuannya setanding dengan model yang lain. Tampil dengan corak cyberpunk dan turut disertakan dengan lighting bar disekeliling komputer riba ini. Disertakan dengan kemasan Hairline Brushed memberikan perasan eksklusif pada komputer riba ini. Turut disertakan dengan RGB lighting di bahagian belakang.

Keupayaan spesifikasi dalaman juga menakjubkan apabila ia hadir Intel Core i7-9750H yang mana ia disertakan dengan memori 16GB DDR4 2666Mhz*1 dan storan pula adalah PCIe NVME 512GB M.2 SSD (Extra SATA Slot:1) pastinya menjanjikan prestasi yang terbaik.

Ditambah dengah kad grafik yang berkuasa iaitu NVIDIA GeForce RTX2060
memberi nilai tambah kepada komputer riba ini. Dengan saiz paparan 15.6 inci FHD/ IPS Panel/ 144Hz/3ms/Anti-Glare akan memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini:

Siri ROG Strix Hero III
Nama Model G531G-VES070T
Warna ROG Aluminum Black
CPU Intel® Core™ i7-9750H
Memori 16GB DDR4 2666Mhz*1
Slot RAM 2
Storan PCIE NVME 512GB M.2 SSD
(Extra SATA Slot: 1)
Saiz LCD 15.6″ FHD//IPS Panel//144hz//3ms//Anti-glare
GPU NVIDIA GeForce RTX2060
VRAM GDDR6 6GB
Optical Drive No ODD
WiFi 802.11ac 2×2 Wave 2 WLAN + Bluetooth 5.0
KB Per Key RGB keyboard
OS Windows 10 Home
Bateri 66WHrs, 4S1P, 4-cell Li-ion
Waranti Waranti Global Selama 2 Tahun
Bundles ROG BackPack
harga RM6,699.00
Remark Keystone. Wide-around Lightning Bar. Aura Sync
Ketersediaan Akhir Jun

 

** Terima kasih atas Tajaan ASUS Malaysia ke Computex 2019

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here