Celcom Dan Digi Bakal Bergabung? Jadi Syarikat Komunikasi Terbesar Di Asia Tenggara

539

Baru-baru ini, Axiata dan Telenor telah mengumumkan bahawa mereka berhasrat menyatukan operasi kedua-dua syarikat berkenaan bagi rantau Asia. Hal ini membolehkan mereka menjadi antara syarikat gergasi di Asia Tenggara.

Ekoran daripada pengumuman ini menyaksikan perancangan Celcom Axiata Berhad dan Digi.com Berhad bakal digabungkan. Sekiranya hal ini terjadi, ia menjadikan syarikat tersebut menjadi syarikat telekomunikasi mudah-alih terbesar di Malaysia.

Namun perancangan gabungan ini masih berada di peringkat awal dan bergantung kepada persetujuan di antara Axiata dan Telenor serta pengesahan dari pihak berkuasa. Jadi sama-sama kita nantikan perkembangan gabungan ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here