Bersedia Semua! OPPO Reno 10x Zoom Bakal Mendarat Di Malaysia Pada 27 Mei 2019

245
**********

Penantian OPPO Reno akhirnya terjawab setelah ia dilancarkan secara rasmi di China pada awal bulan April, dengan kemunculan dua varian iaitu OPPO Reno dan OPPO Reno 10x Zoom.

Seperti yang diketahui, OPPO Reno bakal dilancarkan pada 16 Mei ini, apa kata OPPO Reno 10x Zoom pula? Hari ini OPPO telah mengesahkan kehadiran edisi OPPO Reno 10x Zoom bakal mendarat pada 27 Mei 2019 nanti.

OPPO Reno 10x zoom merupakan pemangkin masa depan dalam pembangunan peranti pintar, ia dilengkapi dengan spesifikasi unggul seperti Snapdragon 855, 8GB RAM, 256GB ROM, mempunyai paparan skrin bersaiz 6.65 inci, dipadankan dengan lensa 48MP Sony IMX586 + 8MP + 13MP dengan sokongan OIS dan zoom optik 10x, serta 16MP kamera swafoto.

Adakah harga jualan siri OPPO Reno memenuhi permintaan anda? Kita tunggu kemas kini selanjutnya dari OPPO.

_______________________

Artikel Selanjutnya…

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here