Beli Peranti Vivo Dan Berpeluang Memenangi Percutian 6 Hari 5 Malam Ke Destinasi Pilihan Sempena AidilFitri

428

Vivo telah mengumumkan pertandingan “Travel Around The World With Vivo” bersempena dengan ketibaan hari raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Bagi setiap pembelian mana-mana peranti Vivo, pembeli berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu percutian selama 6 hari 5 malam ke destinasi yang menarik seperti Jepun, China, Korea, Turkey, India, Mekah, Croatia, Greece, Egypt, Perancis, Jerman, Australia dan Itali.

Pertandingan bermula dari 25 Mei sehingga 9 Jun 2019. Selain itu, terdapat juga hadiah wang tunai dan hadiah yang bernilai sehingga RM40000 yang boleh direbut termasuklah 3 hadiah tempat pertama iaitu RM1888 setiap satu.

Caranya sangat mudah:

  1. Anda hanya perlu membeli peranti Vivo di mana-mana Vivo Concept Stores(tidak termasuk kedai Telco)
  2. Hantar nombor IMEI menerusi laman rasmi WeChat Vivo Malaysia
  3. Seorang pemenang dipilih akan mendapat 2 tiket untuk mengembara ke destinasi pilihan

Pembeli yang membeli peranti Vivo di pengedar yang sah akan diberi QR code untuk diimbas yang mana mereka akan menghantar IMEI bagi peranti yang baharu sahaja dibeli.

Anda boleh membeli peranti Vivo di VivoStore atau menyemak pengedar yang sah berdekatan anda dengan klik di sini. Anda juga boleh melayari laman Facebook Vivo.

____________________

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here