Aplikasi WhatsApp Kini Tersedia Bagi Nokia 8810

452
- Iklan -

HMD hari ini mengumumkan bahawa aplikasi WhatsApp kini tersedia bagi peranti Nokia 8110. Peranti ini boleh didapati di laman Nokia Store di lazada pada harga RM299.

Nokia 8810 ini dilengkapi dengan rekaan yang unik apabila anda perlu slide cover untuk mengangkat telefon dan slide kembali untuk menamatkan panggilan tersebut. Seperti yang diketahui, Nokia pastinya menghasilakan peranti yang tahan lasak.

Dikuasakan oleh KaiOS dan disertakan dengan panggilan VoLTE yang sangat jelas. Ia juga turut dilengkapi dengan Store, Home untuk ke aplikasi KaiOS dan pelbagai lagi. Anda juga boleh menyertakan pramuat aplikasi Google seperti Google Assistant, Google Maps dan Google Search serta Facebook.

Ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Hitam dan Banana yellow pastinya memberikan kelainan yang anda inginkan pada peranti Nokia.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here