OPPO F11 kini Tersedia Di Pasaran malaysia Menerusi Platform Online dan Offline

345
**********

OPPO yang baru sahaja memperkenalkan peranti OPPO F11 bulan lalu secara eksklusif di Shopee. Kini peminat OPPO kini boleh membeli peranti ini menerusi platform sama ada atas talian atau luar talian diseluruh Malaysia.

Bermula dari 9 Mei, OPPO F11 dengan 4GB RAM + 128GB ROM diseluruh negara pada harga RM1099. Ia akan tersedia di OPPO Concept Stores, kedai pengedar sah dan di atas talian di OPPO Official Online Stores dan jgua rakan e-commerce seperti Lazada dan Shopee.

OPPO F11 direka bagi gaya hidup urban. Dihadirkan dengan panel hadapan OPPO F11 tampil dengan rekaan takuk kecil titisan air (WaterDrop) dengan paparan bersaiz 6.5 inci FHD+ (1080 x 2340 piksel). Ia juga masih dijana oleh MediaTek Helio P70 tetapi diiringi penawaran memori 4GB RAM + 128GB ROM. Bateri pula, 4020mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0 dibekalkan padanya.

Bagi aspek kamera pula, OPPO F11 menyokong dwi kamera utama 48 MP + 5MP (PDAF, LED Flash) dan kamera hadapan sebesar 16MP dengan aperture f/2.0. Selain itu, OPPO F11 turut ditanam dengan teknologi Hyper Boost bertujuan mengoptimumkan prestasi telefon.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang OPPO, Facebook Rasmi OPPO , OPPO Official Online Store, Lazada dan Shopee.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here