Wiko Y60 Tiba Di Malaysia – Berharga RM269 & Ketersediaan Bermula Sekarang

390
**********

Wiko Malaysia kini hadir dengan pewaris baru iaitu Wiko Y60 yang mana dilihat membawa penawaran pada harga sangat mampu milik. Menariknya mengenai Y60 adalah ia menggunakan sistem operasi Android 9 Pie Go Edition.

Y60 hadir dengan paparan berukuran 5.45″ bersama resolusi 960×480 piksel – tiada sebarang takuk disertakan. Ia dijana oleh cip MediaTek MT6739 bersama memori 1GB RAM + 16GB ROM (terdapat sokongan kad mikro SD sehingga 128GB).

Melengkapinya, kamera utama 5MP, kamera swafoto 5MP dan bateri berkapasiti 2,500 mAh. Selain itu, peranti ini turut menyokong rangkaian 4G melalui dua slot kad – satu mikro SIM dan satu nano SIM

Tersedia dalam tiga warna menarik iaitu gradient dark blue, gradient bleen dan gold, Y60 ditawarkan pada harga RM269 – didatangkan dengan jaminan selama satu tahun dan jaminan pertukaran “1-to-1 ” dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembelian.

Bagi yang berminat, ketersediaan bermula SEKARANG dan boleh memilikinya di kedai konsep Wiko yang sah di seluruh Malaysia. Wiko turut menyediakan hadiah eksklusif percuma untuk setiap pembelian Y60 (Terhad sehingga 21 Mei 2019).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here