- Iklan -

Jika korang mengidamkan jam tangan pintar dengan rekaan paling canggih dan mementingkan kecergasan tubuh badan, HUAWEI Watch GT Active adalah jawapannya! Bukan sekadar trendy, malah ia turut disertakan sejumlah fungsi yang hebat. Memang ngam sangatlah untuk korang dan gerenti takkan menyesal kalau beli. Kenapa? Let’s check it out!

 

1) Daya Tarikan Tersendiri

Reka bentuk yang tiada tandingan, HUAWEI Watch GT Active mempunyai daya tarikan tersendiri. Jam pintar ini tampil dengan wajah serba baharu melalui rekaan luaran lebih segar. Lebih menarik, HUAWEI Watch GT dihiasi kemasan warna eksklusif yang pastinya memukau citarasa anak muda.

Tak kira lah lelaki atau perempuan! HUAWEI Watch GT adalah jam versatil yang sesuai digayakan dalam apa jua keadaan termasuklah aktiviti sukan dan kegunaan harian.

 

2) Jangka Hayat Bateri Panjang

Selain memiliki rupa paras yang menarik, HUAWEI Watch GT Active juga menawarkan ketahanan bateri yang awesome! Jam pintar ini mampu bertahan untuk tempoh yang panjang dengan ketahanan bateri sehingga 14 hari.

Dengan HUAWEI Watch GT Active, korang tidak perlu lagi risau mengenai jangka hayat bateri khususnya untuk si pemakai yang gemar bersukan dan aktiviti lasak.

 

3) Pengurus Setia Aktiviti Kesihatan

Sedar atau tidak sebenarnya HUAWEI Watch GT Active sesuai dijadikan peneman setia khususnya aktiviti berkaitan kesihatan. HUAWEI Watch GT dilengkapi sensor kadar jantung menggunakan Truseen 3.0 bagi memantau kadar degupan jantung mengikut masa sebenar.

Selain itu, ia juga disokong sejumlah sensor canggih yang padat dengan pelbagai ciri lain termasuklah mengesan pergerakan larian, berjalan, pantau waktu tidur dan banyak lagi.

 

4) Muka Jam Boleh Diubah Ikut Citarasa

Terdapat pelbagai pilihan muka jam menarik yang disertakan pada HUAWEI Watch GT Active – variasi rekaan  terdiri daripada rekaan serba ringkas sehinggalah kemasan digital model.

Melaluinya, pengguna boleh menetapkan style untuk muka jam mengikut citarasa sendiri. Si pemakai pastinya kagum dengan jam pintar ini!

 

5) Tali Jam Mesra Pengguna

Bagi mengekalkan rekaan elegan, HUAWEI Watch GT Active menyertakan tali jam yang mesra pengguna dan lembut – membuatkannya sangat selesa dipakai.

Talinya yang tidak menyerap peluh mampu mengekalkan jam pintar sentiasa bersih dan tidak mudah berbau. Hanya si pemakai sahaja yang tahu bagaimana rasa ketika memakainya! Jadi, dapatkan satu sekarang!

 

6) Paparan Jelas Dengan Butiran Terperinci

HUAWEI Watch GT Active membekalkan skrin bersaiz 1.39″ AMOLED dengan resolusi warna tinggi – membawakan pengalaman luar biasa kepada si pemakai.

Paparan jam pintar juga dapat dilihat dengan jelas meskipun ketika berada di bawah cahaya matahari. Butiran yang dipaparkan juga terpampang dengan terperinci.

 

7) Harga Mampu Milik & Murah Kaw-Kaw!

Inilah part paling best mengenai HUAWEI Watch GT Active. Eh? Kenapa? Jam pintar ini ditawarkan pada harga yang sangat mesra dan mampu milik! RM899 sahaja!

Hey, nikmat apa lagi yang nak dibimbangkan? Fungsi terbaik, reka bentuk tiada tandingan, ditambah pula harga HEBAT?! Tunggu apa lagi? Dapatkan hari ini juga!

Jom beli HUAWEI Watch GT Active?

 

**Advertorial dari HUAWEI Malaysia

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here