vivo Y17 Diperkenal – Sokong bateri 5,000 mAh + 3 Kamera Utama

927
**********

MANTAP!! vivo Y17 akhirnya muncul dan diperkenal secara rasmi kepada umum. Peranti pintar ini dikuasakan dengan pelbagai spesifikasi menarik termasuklah sokongan bateri gergasi.

vivo Y17 hadir dengan paparan bersaiz 6.35″ IPS LCD HD+ bersama rekaan takuk kecil. Ia dijana oleh cip MediaTek Helio P35 dengan sokongan memori 4GB + 128GB. Turut ditanam dengan teknologi Ultra Game Mode khusus untuk pengalaman gaming lebih lancar.

Peranti ini membawakan sokongan tiga kamera utama AI dengan kombinasi 13MP (f/2.2) + 8MP (f/2.2, Wide Angle) + 2MP (Depth). Kamera swafoto pula sebesar 20MP (f/2.0). vivo Y17 dilengkapi kapasiti bateri yang besar iaitu 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 18W. Terdapat juga pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang peranti.

vivo Y17 dihias dengan dua pilihan warna yang menarik iaitu Mineral Blue dan Mystic Purple. Peranti ini ditawarkan di pasaran India pada harga Rs.17,990 (kira-kira RM1,063).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here