[Tertiris] : Spesifikasi & Reka Bentuk Samsung Galaxy A90 Muncul Di Laman Sesawang?

596

Samsung Galaxy A90 merupakan salah satu model yang menjadi bualan hangat warganet sejak kebelakangan ini. Semakin hari semakin banyak ketirisan maklumat yang muncul mengenainya.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan Galaxy A90 dijangka bakal hadir dengan reka bentuk yang melampaui imaginasi – rekaan gelongsor bersama ketersediaan kamera utama yang kemudiannya boleh diputar menjadi kamera selfie.

Kali ini, muncul pula kebocoran mengenai spesifikasi peranti tersebut. Maklumat tertiris mendedahkan Galaxy A90 mungkin menggunakan skrin penuh bersaiz 6.7 inci dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel).

Pemproses yang digunakan adalah SDM7150 dan tiada maklumat mengenai RAM dan storan dalaman yang diperoleh. Melengkapi Galaxy A90 juga adalah bateri berkapasiti 3,700mAh.

Galaxy A90 dijangka memiliki sistem tri-kamera dengan lensa 48MP + 8MP + lensa ToF. Galaxy A90 juga dijangka hadir dengan kamera “timbul berputar” yang membolehkan kamera utama berfungsi sebagai kamera selfie.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita nantikan kemunculan rasminya. Mungkin Samsung mempunyai kejutan istimewa? Kekal bersama eRing!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here