SKMM Sasar Rangkaian 5G Bagi Industri Bakal Digunakan Pada 2020

178
**********

Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menunggu bagi menggunakan rangkaian 5G di Malaysia yang pastinya mengubah kehidupan anda. Justeru Suruhanjaya Komonikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyasarkan bahawa rangkaian 5G bakal digunakan industri seawal tahun hadapan.

Rangkaian 5G ini dilihat ditawarkan bagi perusahaan dan industri terlebih dahulu sebelum ia ditawarkan kepada orang ramai.

Rangkaian 5G ini pastinya memberikan pelbagai kelebihan kepada pengguna seperti kelajuan yang lebih pantas berbanding 4G. Ia turut memberikan kadar pendam masa yang rendah. Pastinya, ia boleh digunakan untuk tujuan sama ada untuk kesihatan, pertanian mahupun pengangkutan.

Dalam pada itu, SKMM turut mengulas mengenai penutupan gelombang analog bagi siaran TV menjelang suku ketiga 2019. Justeru spektrum 700Mhz bakal ditawarkan kepada pengguna awam.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here