Samsung Tunda Pelancaran Galaxy Fold – Tarikh Baru Akan Diumumkan Kemudian

212
**********

Sejak kebelakangan ini, media sosial dibanjiri dengan berita yang kurang enak didengar mengenai Samsung Galaxy Fold. Sebilangan pengulas peranti pintar antarabangsa mendakwa mereka mengalami masalah dengan Galaxy Fold yang diterima – terutamanya berkaitan panel paparan.

Ekoran dari perkara itu, Samsung tampil dengan satu kenyataan menyatakan pihak mereka bakal menjalankan pemeriksaan terperinci berhubung isu yang berlaku dan membuat penilaian tambahan termasuk perlindungan untuk panel paparan sebelum memperkenalkan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, Samsung memaklumkan pelancaran untuk Galaxy Fold yang dijadualkan muncul pada bulan Mei ini terpaksa ditangguh ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here