Samsung Galaxy A80 Diperkenal – Rekaan Gelongsor + Kamera Berputar

497
**********

Samsung telah menambah pewaris baru di bawah siri Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A80. Galaxy A80 dilihat membawakan reka bentuk melampaui batas imaginasi – rekaan gelongsor bersama ketersediaan kamera “berputar” yang membolehkan kamera utama berfungsi sebagai kamera selfie.

Galaxy A80 menggunakan paparan Super AMOLED pada skrin bersaiz 6.7″ dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel). Menjananya adalah cipset baru, Snapdragon 730G bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Untuk penggambaran, Galaxy A90 memiliki sistem tri-kamera dengan lensa 48MP (main) + 8MP (Ultra-Wide) + 3D Depth. Difahamkan, ia juga digunakan untuk rakaman lensa swafoto. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 3,700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.

Galaxy A80 didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Angel Gold, Ghost white. Tersedia pada hujung bulan Mei kelak namun harga untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui. Sama-sama kita tunggu!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here