Samsung Galaxy A70 Diperkenal – Tiga Kamera Utama + Bateri 4,500 + Pengecasan Pantas

841
**********

Seiring pelancaran Samsung Galaxy A80, syarikat gergasi itu turut menampilkan kemunculan Samsung Galaxy A70. Galaxy A70 hadir dengan skrin bersaiz 6.7″ Super AMOLED dengan nisbah 20:9 bersama paparan Infinity-U.

Ketersediaan memori adalah 8GB RAM + 128GB ROM dan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Untuk penggambaran, terdapat sistem tri-kamera dengan gabungan sensor 32MP (f/1.7) + 8MP (ultra-wide) + 5MP (depth). Kamera swafoto pula sebesar 32MP (f/2.0).

Melengkapi Galaxy A70 adalah bateri berkapasiti 4,500 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Sistem operasi digunakan adalah Android 9 Pie. Tersedia dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan putih, Galaxy A70 bakal tersedia bermula 26 April.

Namun, harga dan ketersediaan untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui. So, sama-sama kita tunggu!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here