**********

Samsung baru sahaja melancarkan model terbaharu iaitu Galaxy M20 dan memberikan spesfikasi yang terbaik bagi harga yang mampu milik. Sungguhpun peranti ini berada pada kelas permulaan, namun ia tidak lupa untuk memberikan spesfikasi yang terbaik kepada pengguna.

Reka Bentuk

Reka bentuk peranti ini di lihat sangat baik khususnya bagi kelasnya. Sungguhpun bahagian belakang diperbuat daripada plastik, namun ia pastinya memberikan 1 perasaan yang selesa ketika memegangnya. Berikut adalah rupa paras peranti ini:

Spesifikasi

Peranti ini sebenarnya bukan ‘biashe-biashe’ bagi kelasnya. Ia disertakan dengan Android 8.1 (Oreo) dan cip pemproses Exynos 7904 Octa-core 1.8GHz. Galaxy M20 dibekalkan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Pastinya menjanjikan kelancaran ketika menggunakan peranti ini. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini:

Sistem Operasi

Android 8.1 (Oreo)

Pemproses

Exynos 7904 Octa-core 1.8GHz

GPU

ARM Mali-G71 MP2

Paparan

 6.3 inci FHD+ Infinity-V 

Memori

4GB + 64GB, sokong kad microSD sehingga 512GB

Bateri

5,000mAh (USB-C)

Kamera Belakang

13MP + 5MP (f/1.9 + f/2.2) 

Kamera hadapan

8MP (f/2.0)

Dimensi

156.4mm x 74.5mm x 8.8mm

Berat

186g

Warna

Charcoal Black dan Ocean Blue

Harga

 RM799

Paparan Mempersona

Menariknya, peranti ini dihadirkan dengan paparan skrin dengan 6.3 inci dan infinity-V yang pastinya memberikan tontonan yang lebih luas. Sungguhpun peranti ini berada pada kelas permulaan, tetapi Samsung tidak mengabaikan kualiti tontonannya apabila peranti ini tampil dengan FHD+. Jadi kejelasan tontonan masih lagi berada pada tahap yang memuaskan.

Prestasi

Dari segi prestasi, ia dihadirkan dengan pemproses Exynos 7904 Octa-core 1.8GHz pastinya memaparkan prestasi yang tidak mengecewakan bagi kelasnya. Tiada lag ketika menggunakan peranti ini. Menerusi hasil ujian yang dilakukan menerusi AnTuTu Benchmark dan Geekbench 4, ia memperlihatkan hasil yang sangat baik. Berikut merupakan keputusan ujian:

# AnTuTu Benchmark

# Geekbench 4

 

Prestasi Gaming Yang Memuaskan

Samsung Galaxy M20 ini bukanlah direka sebagai peranti gaming tetapi menariknya, ia mampu mempamerkan prestasi gaming yang memuaskan. Ia dihadirkan dengan Game Launcher yang mana mampu mempertingkatkan prestasi permainan pada peranti ini dengan klik pada Game Performance atau jika anda ingin menambahkan keasyikkan bunyi anda perlu memilih Game sound.

Jadi anda akan dapat merasai pengalaman bermain permainan mudah alih pada peranti yang berada pada kelas ini dengan sangat baik. Berikut adalah kesan grafik menerusi 2 permainan mudah alih yang dimainkan iaitu Mobile Lengend dan PUBG.

Mobile Legend
PUBG

Bateri Yang Bertahan Lama

Seperti yang diketahui, peranti ini dihadirkan dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh!!! kami telah menguji sejauh mana ketahanan bateri ini jika digunakan pada kadar yang maksima. Kami telah mempertingkatkan keterangan telefon, mematikan fungsi mod penjimatan tenaga, menggunakan beberapa aplikasi media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter dan kami juga telah menguji ketika bermain
game Mobile legend dan PUBG.

kami telah menguji dari jam 11.49 pagi ketika bateri masih berada pada 100%. Selepas 5.56 petang, kami mendapati bateri masih banyak iaitu 43%. Dari ujian ini menunjukkan bahawa peranti ini mampu bertahan dengan sangat lama walaupun melakukan pelbagai tugasan.

Keselamatan

Walaupun peranti ini berada dalam kelas permulaan, namun Samsung tidak lupa untuk menyediakan sistem keselamatan yang baik pada peranti ini. Ia dihadirkan dengan sistem pengimbas cap jari di bahagian belakang dan pengecaman wajah pada kamera hadapan. Cara tetapannya juga mudah:

# Pengecaman Wajah
Pilih biometrics and security, kemudian pilih Face Recognition, imbas wajah anda dan kini anda boleh menggunakan pengimbas wajah
# Pengimbas Cap Jari
Pilih Biometrics and security, kemudian pilih Fingerprint Scanner, kemudian imbasan cap jari dan kini anda boleh menggunakan Pengecaman cap jari di belakang

Kamera Terbaik Bagi Kelas Permulaan

Peranti ini dihadirkan dengan 13MP(F1.9) + 5MP (F2.2) bagi kamera belakang dan 8MP (f/2.0) bagi kamera swafoto pastinya sesuatu yang luar biasa yang ditemui pada peranti kelas ini. Ia menyajikan hasil gambar yang baik dan cantik. Peranti ini disertakan dengan sokongan Ultra-wide angle membolehkan anda merakam gambar portrait yang lebih luas selain pemandangan atau gambar berkumpulan tanpa masalah.

Fungsi kamera yang pelbagai seperti sticker, dan live focus juga menambahkan lagi kepelbagaian penggunaan kameranya. Jadi pengguna tidak akan berasa bosan ketika menggunakan kamera telefon ini.

Berikut adalah hasil gambar menerusi Samsung Galaxy M20:

Apa kata Editor

Secara keseluruhan bagi peranti kelas permulaan ini, Galaxy M20 pastinya menjanjikan spesifikasi yang sangat baik demi kepuasan pengguna. Sistem operasi dan pemproses yang tidak mengecewakan pastinya membantu melancarkan proses penggunaan peranti ini.

Tampil dengan kapasiti bateri sebanyak 5000mAh memberikan daya tahan kepada peranti ini yang secara langsung memberikan tempoh penggunaan yang lebih lama kepada pengguna. Tidak dilupakan prestasi gaming dan kamera yang turut tidak mengecewakan pastinya menjanjikan pengalaman yang lebih menyeronokkan ketika menggunakan Samsung Galaxy M20!!

Jadi apa tunggu lagi!!! Dapatkan Samsung Galaxy M20 pada harga RM799. Ia pasti berbaloi bagi peranti kelas permulaan!!!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here