**********

HONOR baru sahaja memperkenalkan peranti terbaharu iaitu HONOR 20 Lite. Peranti yang dihadirkan dengan 3 kamera ini pastinya menjanjikan 3 kali keseronokan dan 3 kali keterujaan ketika menggunakan keranti ini.

Rupa Paras Yang Eksklusif

Rekaan pada HONOR 20 Lite ini tidak dapat disangkal lagi, sangat cantik dan eksklusif rekaannya. Dihadirkan dengan dengan 2 warna iaitu Phantom Blue seperti di dalam gambar dan Phantom Red. Warna pada peranti ini di sertakan dengan 2 gradien warna yang memberikan keunikan pada warna peranti ini. Lebih menarik, ia tampil dengan kesan 3D optical di bahagian belakang.

Spesifikasi Penuh

Sungguhpun peranti ini dilihat memberi fokus kepada kameranya, tetapi ia juga tidak lupa untuk memberikan spesifikasi dalaman yang terbaik kepada pengguna. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ni.

Spesifikasi

HONOR 20 Lite

Sistem Operasi (OS)

Android 9.0 + EMUI 9.0

Pemprosesan

HiSilicon Kirin 710

Memori / Storan

4GB RAM

128GB ROM

Paparan

6.21 inci Dewdrop Display Full HD+ (2340 x 1080 Piksel)

Bateri

3400mAh

Kamera Utama

24MP + 8MP + 2MP

Kamera Hadapan

32MP

Keselamatan

Pengecaman wajah dan pengimbas cap jari

Warna

Phantom Blue dan Phantom Red

 

Paparan Yang Sangat WOW!!!

HONOR 20 Lite ini dihadirkan dengan paparan 6.21 inci Dewdrop dan bezel yang sangat nipis pastinya memberikan paparan yang luas. Dengan nisbah ke kerangka melebihi 90% dan beresolusi 2340 x 1080 Full HD+ yang memberikan tontonan yang sangat baik.

Kamera Belakang Yang Menakjubkan

Dihadirkan dengan tri-kamera buat pertama kalinya bagi HONOR, pastinya menjanjikan kelainan. Dihadirkan dengan 3 kamera iaitu 24MP + 8MP + 2MP pastinya memberikan definisi baharu imej yang terhasil bagi kelas peranti ini. Dihadirkan dengan pelbagai fungsi antaranya Pro, Slow-mo, Panorama, AR Lens, Light painting, HDR, Time-Lapse, Filter dan Sticker menjanjikan keseronokkan ketika menggunakannya.

# Warna Imej Yang Terbaik

Menerusi 3 kamera dari peranti ini, ia memberikan hasil gambar yang sangat menarik khususnya warna yang terhasil. Warna yang dipaparkan sangat menyerlah dan sangat cantik berbanding telefon lain yang berada dalam kelas yang sama.

# Pemfokusan Yang Lebih baik

Menerusi kamera ini, perincian yang kecil juga berjaya dirakam dengan baik. Ia mampu merakam kawasan yang diingini dan mengaburkan bahagian belakang dengan baik yang kita kenali sebagai Bokeh.

# Wide Angle Yang sangat baik

Menerusi peranti ini, ia mampu merakam imej dengan wide angle yang mana mampu merakam lebih banyak perincian dan lebih luas.

# Imej Malam Yang Mempersona

Lebih menarik bagi peranti ini, ia mampu merakam imej waktu malam yang sangat menakjubkan. Sungguhnya berada dalam situasi Low Light, ia mampu untuk menghasilkan gambar yang jelas dan merakam perincian yang banyak pada gambar tersebut.

Kamera Hadapan

Kamera hadapan peranti ini adalah sangat baik disertakan dengan 32MP pastinya menjanjikan hasil yang terbaik. Pelbagai fungsi kamera hadapan turut boleh ditemui antaranya Portrait, Night, AR Lens, Sticker dan banyak lagi.

# Swafoto Yang Menggiurkan

menerusi kamera hadapan ini, gambar anda pasti sangat cantik. Dengan perincian yang baik serta imej yang sangat ‘vibrant’ membuatkan pengguna tampak lebih menawan.

# Swafoto Yang Lebih Kreatif

Dengan Fungsi AR Lens ini ,memberikan kelebihan buat pengguna yang memasukkan unsur kreativiti dan keseronokan. Jadi swafoto anda tidak akan hambar dan sama seperti orang lain. Lebih meriah gittew!!!

# AI Scene Recognition

Apa yang menarik menerusi peranti ini adalah ia mampu mengenalpasti 500+ senario dan 20+ kategori yang mana memudahkan proses rakaman. Jadi proses rakaman dapat dilaksanakan dengan lebih lancar tanpa sebarang gangguan.

Berikut adalah hasil gambar yang diambil menerusi kemera peranti ini:

Keseronokkan bermain game

Walaupun peranti ini memberi fokus kepada sistem tri-kameranya, tetapi ia juga mampu mendokong sistem permainan mudah alih dengan baik. Sepanjang menggunakan peranti ini untuk bermain permainan mudah alih, ia adalah sangat menakjubkan. Tanpa ada Lag dan grafik yang sangat baik membuatkan pengalaman bermainan menerusi peranti ini adalah tidak boleh dilupakan.

Bateri

Bateri telefon ini dihadirkan dengan kapasiti yang tidak terlalu besar iaitu 3400mAh. Sungguhpun begitu, peranti ini mampu bertahan lama dan mengecas dengan pantas. kami telah melakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini. Kami mula mengecas pada jam 12.55 tengah hari iaitu ketika bateri berada pada paras 19%. Setelah bateri mencapai 100% iaitu pada jam 2.31 petang. Ia mengambil masa hanya selama 1 jam 36 minit.

 

Ujian

Kami telah menjalankan ujian ke atas peranti ini menggunakan AnTuTu Benchmark dan Geekbench 4 pastinya mengejutkan apabila ia memberikan prestasi yang sangat baik bagi kelasnya. Berikut adalah hasial ujian peranti ini:

# AnTuTu Benchmark

# Geekbench 4

Apa kata Editor

Bagi peranti kelas ini, ia menjanjikan prestasi yang sangat baik. Lebih menarik sistem kamera yang dihadirkan dengan 3 kamera memberikan imej mempersona. Bagi mereka yang gemar untuk merakam gambar tetapi mempunyai kekangan modal untuk membeli peranti yang mahal, ini boleh dijadikan antara pilihan anda. Hasil gambar yang menarik pada harga mampu milik.

Bukan hanya itu, ia turut menjanjikan keseronokan ketika bermain permainan mudah alih tanpa ada gangguan yang ketara serta mampu dicas dengan sangat pantas.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here