Siapa sahaja yang tidak kenal jenama terkemuka peranti pintar, HUAWEI. Mereka bukan hanya maju kehadapan dalam telefon pintar, tetapi juga menghasilkan komputer riba yang terbaik. Terkini adalah HUAWEI MateBook 13 yang dijual pada harga bermula dari RM3999, pastinya menjanjikan teknologi yang terbaik serta memudahkan anda dengan ciri HUAWEI Share.

Rekaan Ringkas Dan Eksklusif

Rekaannya tidak dapt disangkal lagi, sangat ringkas tetapi eksklusif. Peranti ini tidak menyediakan port yang terlalu banyak seperti komputer riba yang lain. Ia hanya menyediakan 2 port USB-C dan audio jack sahaja. Berikut adalah reka bentuk komputer riba ini.

Spesifikasi

Sungguhpun komputer riba ini agak kecil dan ringan namun jangan bimbang kerana ia didatangkan dengan spesifikasi yang sangat baik dan POWER!!! Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini:

HUAWEI MateBook 13

CPU

Intel Core i7-8565U generasi ke-8

Memori

8GB DDR3 (2,133MHz)

Sistem Operasi

Windows 10 Home

GPU

NVIDIA® GeForce® MX150, TDP 25 Watt

Storan

512GB NVMe PCIe

Dimensi

14.9mm x 286mm x 211mm

Saiz paparan

13-inch, 1440p (2,160 x 1,440, IPS, 300 nits, 1,000:1 contrast, 100% sRGB, 3:2 aspect)

Bateri

42Wh(TYP), Port pengecasan type-C

Ciri khas

HUAWEI Share 3.0

Keselamatan

Pengimbas cap jari pada butang kuasa

Harga

RM4399

Paparan Yang memukau

HUAWEI MateBook 13 ini dihadirkan dengan saiz 13 inci dengan saiz bezel di bahagian kiri dan kanan adalah 4.4mm. Menariknya adalah skrin ini dihadirkan dengan resolusi 2160 x 1440 piksel yang memberi pengalaman tontonan yang menakjubkan kepada pengguna.

Ia turut dilengkapi dengan 100% sRGB gamut dengan nisbah kontras warnanya adalah 1000:1. Jadi apabila anda memainkan video pastinya memberikan kepuasan tontonan.

Pemproses Yang Sangat berkuasa

MateBook 13 ini didatangkan dengan Intel Core i7-8565U generasi ke-8 pastinya menjanjikan kelancaran ketika menggunakannya. Ditambah dengan kad grafik NVIDIA MX150 memberikan nilai tambah bagi paparan tontonan komputer riba ini.

Turut dihadirkan dengan RAM 8GB dan SSD 256GB sangat membantu dalam memberikan prestasi yang cemerlang. Ini terbukti menerusi hasil ujian ke atas komputer riba ini menerusi AnTuTu Benchmark.

Sistem Penyejuk Yang Unggul 

Menariknya bagi MateBook 13 ini, ia disertakan dengan Shark Fin 2.0 yang merupakan rekaan kipas yang boleh mengeluarkan suhu panas dengan sangat pantas menggunakan dwi kipas. Apa yang pasti ,kelajuan kipas dipertingkat sebanyak 25% daripada kipas yang normal yang memastikan laluan udara komputer berlangsung tanpa henti dan senyap. Jadi tidak hairanlah sepanjang menggunakan MateBook 13 ini, suhu komputernya sentiasa dalam keadaan yang terkawal tidak kira sama ada melakukan pelbagai tugasan atau sebagainya.

Sistem Bunyi Yang Baik

Sistem bunyi MateBook 13 ini adalah baik. Sungguhpun kedudukan speaker  berada di bahagian bawah, namun ia masih memberikan hasil bunyi yang sedap didengar dan kuat.

Keselamatan

Sistem keselamatan MateBook 13 ini adalah sangat baik kerana ia dihadirkan dengan sistem pengimbas cap jari pada butang kuasa dan pengecaman wajah.

Pastinya maklumat di dalam komputer riba anda dapat disimpan dengan lebih baik. Cara tetapannya juga adalah sangat mudah:

# Pengimbas cap jari
  • Pergi ke Settings
  • Pilih sign-in option
  • Pilih Finger print dan lakukan tetapan berikut:

# Nombor Pin
  • Pergi Settings
  • Pilih Sign in option
  • Pilih Pin dan lakukan tetapan berikut

 

Bateri

Tidak dapat disangkal lagi bahawa MateBook 13 ini dihadirkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu sebanyak 42W. Ia secara langsung mampu bertahan sehingga 10 jam bagi pengecasan penuh.

kami telah melaksanakan ujian pengecasan ke atas peranti ini. kami mula mengecas pada jam 10.46 malam ketika bateri pada paras 9%. Pada jam 12.47 pagi, bateri sudah berada pada 100%. Ia hanya mengambil masa selama 2 jam 1 minit sahaja.

Huawei Share

Ini merupakan kelebihan yang terdapat pada MateBook 13 ini. Dengan hanya sekali sentuh, anda dapat berkongsi fail sama ada gambar, video dokumen atau sebagainya. Dengan menggunakan NFC pastinya melancarkan lagi proses transaksi ini. Cara tetapan sambungan adalah seperti berikut:

Pastikan anda menghidupkan fungsi NFC dan Bluetooth pada peranti anda.
Kemudian pada MateBook 13, sentuh telefon pintar anda pada HUAWEI MateBook 13. Ia kemudian akan disambungkan secara automatik
# Perkongsian gambar, Video Dan Dokumen
Anda hanya perlu tekan select pada imej atau video yang anda inginkan. Kemudian tap pada peranti HUAWEI MateBook 13. Fail terus dipindahkan.

 

# Rakaman Skrin
Buka Video yang ingin dirakam dan tekan Play. Kemudian goncangkan telefon ke bahagian sisi dan tap pada MateBook 13. Video akan mula dirakam pada telefon anda.

 

# Screen shot
Pilih visual yang anda ingin screen shot pada HUAWEI MAteBook 13, kemudian tap telefon pintar anda. Screen Shot akan terus dilakukan dan masuk ke telefon pintar anda.

 

Ujian

Kami telah menjalankan ujian ke atas peranti ini menggunakan aplikasi menggunakan Userbench dan Crystaldiskmark. Hasil ujian ke atas peranti ini memperlihatkan ia berada pada prestasi yang sangat baik.

# UserBenchmark

# CrystalDiskMark

 

Apa kata Editor

Secara keseluruhannya, MateBook 13 ini adalah sebuah peranti yang sangat baik. Dengan pemproses yang sangat baik dan grafik yang memukau membuatkan tontonan menjadi sangat baik. Apa yang lebih penting, HUAWEI Share OneHop ini pastinya memudahkan hidup anda dengan hanya sekali tap. Peranti ini pastinya berbaloi untuk dibeli.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here