Ketika ini, telefon pintar pastinya bukan hanya untuk membuat panggilan atau membalas mesej. Kini dengan revolusi dalam telefon pintar, anda boleh bermain permainan mudah alih dengan menggunakan peranti gaming dan antara yang terbaik di pasaran pada ketika ini adalah Black Shark 2. Adakah peranti Black Shark 2 ini mampu membawa kepuasan bermain yang diingini oleh pengguna?

 

Reka Bentuk Yang berinovasi

Jika dilihat reka bentuk peranti ini sangat berevolusi khususnya di bahagian belakang. Dengan perincian dan rekaan yang unik ini, memberikan kepada pengguna satu keselesaan ketika memegang peranti ini yang secara tidak langsung membuatkan pengalaman bermain permainan mudah alih berada dalam kelas yang tersediri.

Logo Black Shark dan lampu di bahagian sisi memberikan sentuhan istimewa ketika anda bermain. Untuk pengetahuan, warna Mirage Blue seperti di dalam gambar tidak tersedia di malaysia. Hanya warna Shadow Black dan Frozen Silver sahaja dijual bagi pasaran Malaysia.

 

Spesifikasi Penuh

Menariknya peranti pintar ini dilengkapi dengan Android 9 Pie dan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855 Octa-core, yang mana pasti akan memberikan pengalaman bermain game yang sangat menakjubkan. Berikut merupakan spesifikasi penuh peranti ini.

Spesifikasi

Black Shark 2

Sistem Operasi (OS)

Android 9 Pie

Pemproses

Qualcomm SnapDragon 855 octa-core

Memori / Storan

8GB / 12GB

128GB / 256GB

Paparan

6.39 inci AMOLED (2340 x 1080 piksel) + Corning Gorilla Glass 6

Bateri

4000mAh

Quick Charge 4.0 (27W)

Kamera Utama

48MP + 12MP ( f/1.75 + f/2.2)

Kamera hadapan

20MP (F/2.0)

GPU

Adreno 640

Warna

Frozen Silver dan Shadow Black

Harga

RM2499 (8GB)

RM2999 (12GB)

 

Prestasi Permainan

Black Shark 2 ini pastinya sebuah peranti yang sangat berkuasa yang mana ia dilengkapi dengan 12GB RAM dan 256GB ROM memberi peluang kepada anda untuk menjalankan prestasi terbaik bagi peranti ini. Pastinya menggunakan peranti gaming seperti ini membuatkan anda mampu untuk bermain permainan mudah alih dalam jangka masa yang lama.

Menerusi sistem penyejukkan cecair sentuhan langsung 3.0 yang mana ia mempunyai satu-satunya sistem penyejukkan cecair multilayer sentuhan di dunia ini mampu memberikan pengalaman yang menarik kepada anda.

Sepanjang kami menggunakan peranti ini untuk bermain permainan mudah alih selama 2 jam tanpa henti, peranti ini masih berada dalam keadaan yang baik tanpa suhu yang sangat tinggi pada peranti ini. Hal ini disebabkan oleh sistem penyejukkan ini membenarkan pelesapan papan haba dan meliputi semua kawasan haba, 14 darjah.

# Mod Ludicrous

Lebih menarik, peranti ini disertakan dengan Mod Ludicrous. Menerusi mode ini, peranti boleh menggunakan semua kuasa CPU bagi menyokong prestasi permainan yang terbaik. Anda boleh melaras paparan ,sentuhan audio dan banyak lagi bagi memastikan permainan mudah alih anda berada pada prestasi terbaik. Kesannya ia tidak menjejaskan bingkai ketika bermain permainan mudah alih.

Cara tetapan mudah sahaja, ketika anda membuka permainan mudah alih itu, swipe dari bucu atas ke bawah dan pilihan mode ini akan keluar. Kemudian lakukan tetapan yang diingini.

# Mod Shark Space

Mod Shark Space ini sangat memudahkan pengguna ketika bermain kerana ia akan menghalang sebarang panggilan atau mesej masuk supaya anda dapat memberi fokus ketika bermain. Pemain hanya perlu menurunkan Game Dock bagi melakukan tetapan tanpa perlu keluar daripada permainan.

 

Kawalan Terbaik Beri Pengalaman Menarik

Black Shark 2 ini pastinya mempunyai sistem kawalan yang sangat baik khususnya ketika bermain permainan mudah alih. Jadi ketika menggunakan peranti ini, tiada sebarang lag ketika membuat bidikkan.Menariknya, Black Shark 2 ini mempunyai skrin latensi terendah di dunia. Ia mempunyai tindak balas paling pantas iaitu 43.5ms yang mana pemain dapat membuat kawalan yang sangat lancar.

Peranti ini juga dilengkapi dengan Touch Master paling canggih di dunia. Uniknya, pemain akan dapat menyentuh dengan kuat pada zon sentuhan kiri dan kanan yang disesuaikan yang memberikan kawalan yang efisen. Jadi ketika bermain permainan mudah alih seperti PUBG, kawalan anda tidak akan tersasar.

 

Paparan Terbaik

Seperti yang diketahui, Black Shark 2 ini disertakan dengan 6.39 inci skrin AMOLED dengan DC light dimmer. Menariknya mengenai ciri ini, ia tidak memberikan kesan atau kerosakan pada mata anda walaupun anda bermain permainan mudah alih dalam tempoh yang lama.

Peranti ini juga adalah sangat jelas dan tidak kabur pada kesan grafiknya kerana ia dilengkapi dengan teknologi True Clarity MEMC. Ia juga merupakan DSP yang pertama di dunia yang digunakan pada telefon pintar. Jadi ketika bermain permainan PUBG contohnya, bidikkan yang anda lakukan adalah lebih tepat dan jelas tanpa ada sebarang distortion.

Apa yang bagus mengenai peranti ini, ia dilengkapi dengan TrueView yang mana ia merupakan multiadaptive yang mampu memaparkan paparan yang disertakan dengan  warna ambien termasukan Day Light View(DLV), Night View dan Reading Mode untuk keselesaan mata. Ia juga dihadirkan dengan pandangan permainan HDR. Bermain game dalam tempoh yang lama kini tidak menjadi masalah.

 

Audio Yang Terbaik

Dari aspek pembesar suara pula ia hadir dengan pembesar suara stereo di hadapan yang digelar Dynamic Audio. Sepanjang bermain menggunakan peranti ini, sistem bunyinya memang terbaik. Ia dapat menambahkan lagi keasyikkan ketika bermain. Hal ini kerana ia disertakan dengan pembesar suara dual yang mana ia 25% lebih besar daripada telefon yang biasa. Turut disertakan dengan 3 mikrofon yang pastinya memberikan kejelasan ketika berkomunikasi di dalam permainan mudah alih.

Lebih menarik, menerusi Black Shark 2 ini, ia dapat membezakan bunyi persekitaran di dalam permainan, senjata yang dipegang atau pukulan yang berbeza.

 

Kamera Terbaik Bagi Kelas Gaming!!!

Seperti yang kita tahu, Black Shark 2 ini merupakan sebuah peranti gaming. Namun ia tidak melupakan fungsi kameranya apabila ia disertakan dengan 48MP + 12MP ( f/1.75 + f/2.2) bagi kamera belakang dan 20MP (f/2.0) bagi kamera hadapan. Jadi tidak hairanlah ia mampu merakam gambar dengan sangat baik. Ia disertakan dengan beberapa fungsi kamera yang baik seperti Photo, Portrait, Panorama, Short video, Slow Motion dan Pro.

Berikut adalah hasil gambar menggunakan peranti ini. Serius hasilnya WOW!!!

 

Kapasiti Bateri

Black Shark 2 ini disertakan dengan kapasiti bateri 4000mAh(USB-C) yang mana ia disertakan dengan Quick Charge 4.0(27W). Kami telah melakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini. Peranti ini mula di cas pada bateri berada pada 5% iaitu pada jam 12.02 tengah hari. Ia mampu di cas 100% pada jam 2.06 petang. Hanya mengambil masa selama 2 jam 4 minit.

 

Ujian

Kami telah menjalankan ujian ke atas peranti ini menggunakan AnTuTu Benchmark dan GeekBench 4. Menerusi hasil daripada ujian ini menunjukkan bahawa ia berada pada tahap yang terbaik. Berikut adalah hasil ujian!!

# AnTuTu Benchmark

 

# GeekBench 4

 

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan Black Shark 2 ini merupakan peranti gaming yang sangat bagus dan antara yang terbaik dari segi prestasi gaming. Dihadirkan dengan paparan yang menakjubkan, sistem bunyi yang mengagumkan, kawalan dan prestasinya pasti membuatkan anda kagum. Bukan hanya gaming, tetapi aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila disertakan dengan 48MP pastinya menjanjikan hasil gambar yang
menakjubkan!!!

Jadi tunggu apa lagi!!! Anda boleh memiliki peranti ini pada harga RM2499 bagi versi 8GB + 128GB dan RM2999 bagi versi 12GB + 256GB.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here