Redmi Y3 Rasmi Diperkenal – Skrin Takuk Kecil + Kamera Depan 32MP + Bateri 4,000 mAh

502
**********

Redmi Y3 kini rasmi diperkenalkan kepada umum dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung di India. Redmi Y3 dilihat membawakan penawaran spesifikasi terbaik di samping pakej yang berbaloi dalam segmennya.

Redmi Y3 membawakan rekaan takuk kecil pada paparan bersaiz 6.26 inci dengan resolusi HD+. Enjin telefon ini dijana oleh cip Snapdragon 632 (14nm) dan dibantu memori 3GB/4GB RAM bersama storan 32GB/64GB ROM. Melengkapinya, bateri 4,000 mAh.

Dari segi kamera, Redmi Y3 membawakan sokongan dwi kamera utama dengan resolusi 12MP + 2MP dan kamera hadapan 32MP. Kamera pada peranti ini ditanam dengan teknologi AI untuk pengalaman penggambaran lebih sempurna.

Tersedia dalam tiga pilihan warna menawan iaitu Bold Red, Elegent Blue dan Prime Black, Redmi Y3 ditawakan di pasaran India pada harga berikut :

  • Redmi Y3 (3GB+32GB) – Rs.9,999 (kira-kira RM591)
  • Redmi Y3 (4GB+64GB) – Rs.11,999 (kira-kira RM709)

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here