Redmi Y3 Muncul Di Geekbench – Sokong Snapdragon 625 & 3GB RAM?

279
**********

Redmi Y3 telah dijadualkan bakal diperkenalkan pada 24 April ini. Menjelang pelancaran, model tersebut kini kini muncul di platform penanda aras Geekbench.

Muncul dengan kod “Xiaomi Redmi Y3” – Senarai Geekbench mendedahkan ia berkemungkinan dikuasakan oleh pemproses dengan kod “msm8953” yang juga dikenali sebagai Snapdragon 625. Ia juga menyokong 3GB RAM dan sistem operasi Android 9 Pie. Redmi Y3 bakal mempunyai bateri 4,000 mAh dan kamera selfie sebesar 32MP.

Senarai Geekbench juga mendedahkan, peranti ini mencatatkan 1236 mata dalam ujian satu teras dan 4213 untuk ujian pelbagai-teras. Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum dapat dipastikan kesahihannya. Sama-sama kita tunggu!

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here