Program Gantian Kembali Apple Palam Tiga Pin Mulai Sekarang

747

Baru-baru ini pihak Apple mendapati terdapat beberapa kejadian di atas palam tiga pin yang dikeluarkan oleh mereka menghadapi masalah, di mana risiko renjatan elektrik berlaku sekiranya tersentuh pada bahagian logam yang terdedah.

Susulan kejadian ini, pihak Apple hari ini telah memulakan program gantian kembali palam tiga pin mereka yang lama. Menurutnya, palam tiga pin yang bermasalah dikeluarkan bersama produk Mac dan iOS antara tahun 2003 hingga 2010. Di samping, juga disertakan pada Apple World Travel Adapter Kit.

Bagi pengguna Apple, sila semak palam tiga pin anda sama ada versi lama atau baharu. Versi lama tidak mempunyai sebarang tulisan pada slot penyesuai, anda boleh rujuk gambar yang dikongsikan di atas.

Maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Apple.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here