**********

Pindah fail menggunakan kabel dan aplikasi biasanya akan mengambil masa yang lama. Bertambah teruk lagi kalau fail tersebut bersaiz besar. Sudahlah lama, lambat pula! Haihh…Pernah tak korang hadapi masalah macam ni?

Jangan bimbang, jangan risau! Segalanya dapat diatasi dengan HUAWEI Share 3.0 – teknologi inovatif “one-tap-share” yang boleh berkongsi fail dengan serta merta dalam sekelip mata. Jadi, korang tak perlu pening lagi!

Okay, sekarang ni nak bagitahu HUAWEI Matebook 13 sokong HUAWEI Share 3.0 ni yang mana berfungsi sebagai kaedah pemindahan gambar dan juga video. Menariknya, kelajuan pindahan fail pun boleh tahan – mencapai 30MB/S dan hanya ambil masa 2 MINIT SAHAJA untuk pindahkan 1,000 keping gambar dari telefon ke komputer riba. Huishh…Tudia!

Dengan HUAWEI Share 3.0, HUAWEI Matebook 13 tidak lagi menggunakan kabel untuk proses perkongsian gambar. Selagi smartphone HUAWEI korang sokong fungsi NFC dan EMUI versi 9.0 ke atas, korang hanya perlu pilih gambar dan ‘tap’ pada logo HUAWEI Share pada HUAWEI Matebook 13. SELESAI! Ia akan secara automatik berpindah ke dalam komputer.

Selain itu, korang juga boleh menggunakan fungsi tangkapan skrin daripada HUAWEI Matebook 13 ke dalam telefon sama ada ia adalah reka betuk lukisan, aplikasi permainan atau laman sesawang, korang boleh capai pindahan fail tanpa halangan!

Berbeza dengan fungsi pindahan yang lain, HUAWEI Share 3.0 dapat mengesan smartphone HUAWEI lain dengan pantas melalui Bluetooth dan WLAN. Apa yang bestnya, proses penghantaran lebih efisyen tanpa memerlukan data atau sebarang kabel.

Dah alang-alang cerita pasal HUAWEI Matebook 13, ni nak kongsi…Selain daripada fungsi interaktif, HUAWEI Matebook 13 ini juga hadir dengan binaan-ke-skrin setinggi 88% yang dikenali sebagai paparan FullView, reka bentuk Shark Fin 2.0 (pengudaraan 25% lebih tinggi daripada kipas biasa), bateri sebesar 42Wh dan sejumlah ciri inovatif lain untuk memberikan pengalaman berkerja yang luar biasa.

Bagi yang berminat, HUAWEI MateBook 13 tersedia dalam dua versi dan ditawarkan pada harga seperti di bawah:

Produk Versi Harga
HUAWEI MateBook 13 i5/8G/256G/NVIDIA RM3,999
HUAWEI MateBook 13 i7/8G/512G/NVIDIA RM4,399

 

**Advertorial dari HUAWEI Malaysia

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here