Peranti Gaming Berkuasa! Black Shark 2 Kini Rasmi – Ditawarkan Pada Harga Bermula RM2499

510
- Iklan -

Berita baik buat peminat permainan mudah alih, anda pastinya teruja apabila peranti gaming terbaharunya Black Shark 2 kini telah dilancarkan ke pasaran tempatan, dengan harga jualan bermula dari RM2499.

Menariknya peranti pintar ini dilengkapi dengan Android 9 Pie dan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855 Octa-core, yang mana pasti akan memberikan pengalaman bermain game yang sangat menakjubkan. Ditambah dengan GPU yang baik iaitu Adreno 640 membuatkan anda tidak sabar untuk memiliki peranti ini.

Paparan Black Shark 2 disertakan dengan 6.39 inci AMOLED (2340 x 1080 piksel) dengan DC-light dimmer, yang mana mampu menjaga mata dari kerosakan. Ia turut disertakan dengan Corning Gorilla Glass 6 bagi melindungi paparan ini.

Dari aspek memori dan storan juga ia sangat menakjubkan apabila ia disertakan dengan 2 varian iaitu 8GB RAM + 128GB ROM dan 12GB RAM + 256GB ROM, pastinya anda boleh menyimpan lebih banyak game.

Dari aspek kamera juga ia tidak mengecewakan malahan ia menakjub apabila ia disertakan dengan  48MP + 12MP ( f/1.75 + f/2.2) bagi kamera belakang dan  20MP (f/2.0) bagi kamera belakang.

Aspek ketahanan bateri amat penting bagi peranti gaming, justeru Black Shark 2 ini telah disertakan dengan kapasiti bateri 4000mAh (USB-C) dan disokong dengan Quick Charge 4.0 (27W) yang menawarkan 5 minit mengecas selama 30 minit bermain, 10 minit mengecas selama 1 jam bermain. Tambahan lagi, bermain dan mengecas juga boleh serentak iaitu bermain PUBG selama 30 minit, mengecas sebanyak 15%.

Seperti yang diketahui, peranti ini disertakan dengan 2 varian iaitu 8GB RAM + 128GB ROM yang mana ia dijual pada harga RM2499 manakala satu lagi varian iaitu 12GB RAM + 256GB ROM pula dijual pada harga RM2999.

Anda boleh dapatkan varian 8GB mulai sekarang, sementara varian 12GB menerima pra-tempahan mulai hari ini hingga 5 April.

Bagi 200 pelanggan pertama yang membeli Black Shark 2, akan menerima baucer RM100 dan seunit Fujitsu headphone E210BT (bernilai RM399) secara PERCUMA. Peminat Black Shark 2 boleh membuat pra-tempahan mulai sekarang di Shopee, atau Lazada.

Bagi yang tidak mengetahui, Intelligent Earnings Sdn. Bhd merupakan rakan eksklusif bagi jenama ini untuk pasaran di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here