Peranti Android Go Pertama Dari Xiaomi – Redmi Go Dijual Pada Harga RM299

353
**********

Masih ingat laporan yang kami buat sebelum ini mengenai peranti Android Go pertama dari Xiaomi – Redmi Go bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan tanda harga tidak lebih daripada RM300?! Kini mendapat pengesahan dari pihak Xiaomi Malaysia bahawa Redmi Go akan dijual pada harga RM299, ketersediaan mulai 13 April 2019.

Redmi Go mempunyai paparan skrin 5.0 inci HD yang dijana oleh cip pemproses Snapdragon 425, dibawah sokongan 1GB RAM dan 8GB ROM yang turut serta sekali dengan penambahan kad microSD sebesar 128GB.

Berasaskan Android Oreo 8.1 (Edisi Go), Redmi Go menggunakan lensa 8MP bersama LED Flash untuk kamera utama, manakala 5MP untuk kamera hadapan.

Peranti berkapasiti 3,000mAh ini hadir dalam warna hitam dan boleh didapatkan melalui kedai Mi Stores, Lazada dan Shopee mulai 13 April 2019.

___________________

Artikel Berkaitan:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here