OPPO Reno & Reno 10x Zoom Diperkenal – Binaan Kamera Hadapan Unik + Kamera Utama 48MP

457

OPPO secara rasmi memperkenalkan peranti terbaru mereka iaitu OPPO Reno dalam sebuah acara pelancaran berlangsung di China sebentar tadi. OPPO Reno tersedia dalam dua varian berbeza iaitu OPPO Reno 10x zoom dan OPPO Reno Standard.

OPPO Reno 10x zoom

OPPO Reno 10x zoom menampilkan paparan bersaiz 6.65 inci dan dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 855. Ia dibantu oleh memori hingga 8GB RAM dan storan hingga 256GB storan dalaman. Pembaca cap jari dalam skrin dan sistem oprasi adalah Color OS6 berasaskan Android 9 Pie.

Untuk penggambaran, ia dilengkapi lensa 48MP Sony IMX586 + 8MP + 13MP dan ketersediaan LED flash berserta sokongan OIS. Menariknya, versi ini dilengkapi sokongan zoom optik 10x. Kamera hadapan dibina dengan rekaan timbul yang direka khas seperti “‘Shark Fin” dengan resolusi 16MP.

Melengkapinya, bateri 4,065 mAh bersama pengecasan pantas VOOC 3.0. Ciri menarik lain termasuk game booster 2.0, NFC dan dolby atmos.

Harga & Ketersediaan :

  • 6GB +128GB RMB3999 (kira-kira RM2,450)
  • 6GB +256GB RMB4499 (kira-kira RM2,750)
  • 8GB +256GB RMB4799 (kira-kira RM2,930)

 

OPPO Reno Standard

OPPO Reno Standard pula hadir dengan skrin bersaiz 6.4″ FHD+ dan nisbah aspek 19.5: 9. Menjananya adalah cip pemproses Snapdragon 710 dan dibantu memori sehingga 8GB RAM dan 256GB ROM. Sistem oprasi adalah Color OS6 berasaskan Android 9 Pie.

Untuk penggambaran, ia memiliki ketersediaan dwi kamera utama dengan gabungan lensa 48MP + 5MP dan kamera swafoto sebesar 16MP. Ia disokong oleh bateri 3,765mAh bersama sokongan pantas VOOC 3.0. Ciri menarik lain termasuk game booster 2.0, NFC dan dolby atmos.

Harga & Ketersediaan :

  • 6GB + 128GB RMB2999 (kira-kira RM1,830)
  • 6GB + 256GB RMB3299 (kira-kira RM2,014)
  • 8GB + 256GB RMB3599 (kira-kira RM2,200)

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here