OPPO Reno Bakal Buat Kemunculan Pada 24 April 2019!

339

Sebelum ini, kami pernah berkongsi artikel mengenai salah satu teknologi yang bakal hadir pada OPPO Reno. Bahkan, reka bentuk dan beberapa sample gambar yang yang diambil dengan peranti tersebut juga telah muncul di laman sesawang.

Reka Bentuk OPPO Reno Yang Tertiris

Ramai mula bertanya, bilakah peranti ini bakal dilancarkan? Persoalan sudah terjawab, OPPO Reno bakal diperkenalkan pada 24 April ini dalam sebuah acara pelancaran berlangsung di Zurich, Switzerland – memetik perkongsian jemputan tersebar.

Perkongsian Jemputan OPPO Reno Yang Muncul Di Laman Sesawang

Maklumat mengenai spesifikasi penuh masih belum dikongsi. Namun, sebelum ini terdapat maklumat tertiris mengatakan ia bakal hadir dengan kamera bersama kemampuan kuasa zoom 10x. Ia juga dijangka disokong Snapdragon 855 dan memori 8GB + 256GB.

Salah satu sample gambar daripada OPPO Reno Yang Tersebar

Terdapat juga desas desus mengatakan model ini bakal mempunyai sokongan 5G dan hadir dengan versi asas yang mungkin dipanggil Reno Lite. Pun begitu, maklumat tertiris masih rumors dan belum dapat dipastikan kesahihannya.

Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan kemunculan rasminya pada 24 April ini dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

_______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here