OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition Rasmi Pada Harga RM1,399 – Pra Tempah Bermula Sekarang

1051
**********

OPPO baru sahaja melancarkan OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition hasil kerjasama Marvel Studio’ Avengers: Endgame. Menariknya edisi ini hanya tersedia di Malaysia, Thailand, Indonesia, Cambodia, Filipina, Vietnam, Pakistan, Myammar, Bangladesh, Sri Lanka, Nepal, Mesir, Morroco, Kenya, Nigeria dan India.

Peranti edisi terhad ini disertakan dengan kemasan rekaan luaran peranti yang mempunyai logo Avengers berwarna merah pada panel belakang yang bewarna Space Blue. Saat anda membuka telefon bakal kelihatan logo Avengers tersergam yang pastinya menarik perhatian ramai.

Selain itu, bagi memberi pelindungan berganda setiap peranti bakal dilengkapi case eksklusif bertemakan Captain America yang memberikan keselesaan. OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition turut didatangkan dengan kotak hadiah eksklusif berwarna hitam, selain disertakan stakes collector’s budget.

OPPO F11 Pro Avengers Edition dijual secara rasmi pada harga RM1,399 dan pra-tempahan dibuka bermula HARI INI hingga 3 Mei 2019. OPPO turut memaklumkan bahawa peranti ini boleh didapati melalui beberapa saluran berbeza termasuk Lazada, Shopee, Celcom Online Store, OPPO Online Store dan semua kedai konsep OPPO seluruh Malaysia!

Spesifikasi OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition:
  • 48MP kamera belakang
  • 32MP kamera hadapan
  • 6.5 FHD+ Panoramic Screen
  • 4,000mAh
  • Vooc Flash Charge 3.0
  • 6GB RAM + 128GB ROM
  • Hyper Boost
  • Ultra Night Mode
  • Harga: RM1,399

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here