OPPO F11 Kini Di Malaysia Dengan Tanda Harga RM1,099 – Dapatkan PERCUMA Di Shopee Sempena Brands Festival!

248
**********

Selepas OPPO F11 Pro, kini tiba giliran OPPO F11 pula diperkenalkan secara rasmi di pasaran tempatan – di mana ia membawakan tanda harga RM1,099. Nampak sama tapi sebenarnya ada perbezaan antara kedua-duanya!

Panel hadapan OPPO F11 tampil dengan rekaan takuk kecil titisan air (WaterDrop) dengan paparan bersaiz 6.5 inci FHD+ (1080 x 2340 piksel). Ia juga masih dijana oleh MediaTek Helio P70 tetapi diiringi penawaran memori 4GB RAM + 128GB ROM. Bateri pula, 4000mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0 dibekalkan padanya.

Untuk kamera, OPPO F11 menyokong dwi kamera utama 48 MP + 5MP (PDAF, LED Flash) dan kamera hadapan sebesar 16MP dengan aperture f/2.0. Selain itu, OPPO F11 turut ditanam dengan teknologi Hyper Boost bertujuan mengoptimumkan prestasi telefon.

Hanya tersedia dalam warna Fluorite Purple, Shopee menawarkan promosi khas hanya SEHARI pada 19 April bermula 12am, di mana anda boleh beli OPPO F11 hanya dengan harga RM999!

Tambahan lagi, pelanggan Shopee yang belanja paling banyak akan mendapat PERCUMA peranti baharu OPPO F11, sementara pelanggan yang kedua akan menerima O-Free Earbud, dan pelanggan yang ketiga akan mendapat powerbank.

Shopee Brands Festival berlangsung mulai hari ini hingga 24 April, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik seperti baucer, Shopee Coins dan penghantaran secara percuma apabila melanggan lebih daripada RM20 pada hari minggu.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here