OPPO F11 Bakal Tiba Di Pasaran Tempatan 16 April Ini!

491
- Iklan -

Selepas merangkul kejayaan berganda menerusi kemunculan OPPO F11 Pro, kini syarikat tersebut bakal meneruskan legasi siri F dengan melancarkan sebuah lagi peranti terbaru mereka iaitu OPPO F11 di pasaran tempatan pada minggu depan- 16 April 2019!

OPPO F11 membawakan spesifikasi lebih kurang sama sahaja seperti OPPO F11 Pro : skrin 6.53-inci FHD+, dijana MediaTek Helio P70, kamera utama 48 MP+5MP, kamera swafoto 16MP dan bateri dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0

Cuma yang membezakan kedua-duanya adalah versi ini hadir dengan rekaan takuk kecil pada paparan hadapan.  Selain itu, penawaran memori juga berbeza iaitu 4GB RAM + 128GB ROM.

Difahamkan, OPPO bakal menawarkan peranti ini secara eksklusif di Shopee. Pun begitu, mereka masih berteka teki mengenai harga jualannya. Sama-sama kita tunggu!

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here