Ohsem! OPPO Memperkenalkan F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition Khas Peminat Marvel’s Avengers

387
**********

Peminat Marvel’s Avengers sudah bersiap sedia untuk menonton filem terbaru bertajuk Marvel’s Avengers: End Game kan?! Jika ingin menjadi seorang peminat tegar, mungkin perlukan sebuah peranti pintar edisi terhad juga!

[ BACA JUGA: Review Eksklusif: OPPO F11 Pro, Prestasi Terbaik Tanpa Mengira Situasi!!! ]

OPPO kali ini membawakan F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition kepada peminat mereka, kemasan rekaan luaran peranti ini mempunyai logo Avengers yang berwarna merah pada panel belakang yang bewarna biru.

Menurut OPPO, peranti edisi terhad ini juga akan hadir dengan 48MP kamera utama bersama Rising Camera dan 6.5 inci paparan skrin penuh. Sokongan pengecasann pantas VOOC Flash Charge 3.0 dan HyperBoost juga akan ditawarkan.

[ BACA JUGA: Hasil Gambar OPPO F11 Pro Yang Menakjubkan!!! Pasti Membuatkan Anda Mahu Memilikinya!!! ]

Tarikh dan harga jualan edisi terhad ini masih tidak diumumkan lagi dari pihak OPPO, jika anda berminat boleh ikuti perkembangan selanjutnya di laman rasmi OPPO atau FB OPPO.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here