Malaysia Bakal Bida Penganjuran Piala Dunia Mobile Legends

208
**********

Siapa sahaja yang tidak mengenali permainan mudah alih terkemuka, Mobile Legends : Bang Bang yang dibangunkan oleh Mooton. Baru-baru ini mereka telah mengumumkan bahawa bakal menganjurkan kejohanan peringkat dunia bagi permainan tersebut di salah sebuah negara sekitar Asia Tenggara.

Justeru itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berkata Malaysia akan membida penganjuran kejohanan tersebut sekiranya benar. Dijangkakan pertandingan tersebut memperlihatkan peserta daripada Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada ketika ini, maklumat lanjut mengenai hal tersebut belum dapat diketahui lagi. Berkemungkinan pelbagai maklumat lebih lanjut akan diwar-warkan pada masa akan datang.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here