Kemaskini terbaharu TikTok, Beri Lebih Pilihan Screen Time Management Di malaysia

538

 

Pengguna Tik Tok di Malaysia kini mempunyai lebih banyak masa ketika berbelanja secara atas talian dengan mengemas kini Screen Time Management dan Restricted Mode features.

Apa yang pasti, pengguna boleh memilih waktu yang mereka ingin gunakan untuk melayari aplikasi tersebut sama ada 40, 60, 90, 120 minit. Ciri ini dilindungi oleh kata laluan dan sekiranya masa telah tamat, anda perlu memasukkan kata laluan untuk menggunakan TikTok.

Kemas kini terbaharu ini turut disertakan dengan Restricted Viewing Mode feature. Setelah anda enable, anda boleh mengehadkan kemunculan isi kandungan yang tidak sesuai untuk pengguna. Jadi anda boleh mengawal kandungan yang ditonton. Ciri ini diaktifkan menggunakan kata laluan yang mana sah untuk 30 hari. Kedua-dua ciri ini boleh didapati di Privacy dan Settings di bawah bahagian Digital Wellbeing.

TikTok juga melancarkan video pendidikan ‘You’re in Control’ yang merupakan video hiburan yang berkongsi informasi berguna tentang panduan keselamatan dan tools. Video ini tersedia di TikTok (@tiktoktips).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai usaha keselamatan TikTok, sila layari TikTok.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here