KECOH! Aplikasi WhatsApp, Facebook & Instagram Tidak Boleh Diakses

544
**********

Ramai yang mula tidak senang duduk apabila aplikasi Facebook, WhatsApp, dan Instagram kini mengalami masalah untuk diakses oleh pengguna di seluruh dunia. Difahamkan, pengguna di Malaysia juga mengalami masalah yang sama.

Facebook dan Instagram tidak dapat diakses di mana paparan tidak boleh disegarkan dan laman utama Facebook pula tidak tersedia. Manakala WhatsApp pula, mesej tidak dapat dihantar ataupun diterima.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak Facebook berhubung masalah ini. Kami akan mengemaskini untuk update yang selanjutnya. Adakah anda semua juga hadapi masalah yang sama?

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here