HUAWEI MateBook 13 Kini Rasmi Di Malaysia Dan Tersedia pada 6 April, Harga Jualan Bermula Dari RM3999

347
**********

Penantian HUAWEI MateBook 13 tiba di Malaysia telah pun sampai ke penghujung apabila ia telah pun dirasmikan di Malaysia dan akan tersedia pada 6 April 2019 di Malaysia.

Komputer riba ini akan tampil dalam 2 versi iaitu Versi Intel Core i5, 8GB RAM dan 256GB storan. Ia juga dilengkapi kad grafik NVIDIA MX150 yang mana ia akan dijual pada harga RM3999. 1 lagi versi adalah Intel Core i7, 8GB RAM, dan 512GB storan. Versi ini menerima sokongan kad grafik NVIDIA MX150 dan bakal dijual pada harga RM4399.

Bagi yang ingin melakukan pra-tempahan, anda boleh melakukannya bermula hari ini sehingga 6 April di HUAWEI Experience Store atau di laman sesawang HUAWEI. Anda akan menerima beberapa hadiah percuma seperti beg galas Huawei, Huawei Bluetooth Mouse, dan Microsoft Office 365 untuk setahun.

Komputer riba yang menawan ini tampil dengan rekaan yang nipis dan eksklusif. Ia menggunakan skrin sesentuh 13 inci dengan resolusi setinggi 2K. Bagi memberikan pengalaman yang menakjubkan, ia turut disertakan dengan audio Dolby Atmos.

Turut disertakan dengan GPU Intel UHD Graphic 620 / NVIDIA GeForce MX 150 dengan 2GB GDDR5 yang pastinya memberikan kesan grafik yang sangat baik.

Turut disertakan ialah HUAWEI Share 3.0 yang mana ia membenarkan pengguna HUAWEI memindah fail dengan hanya tap peranti pada laptop HUAWEI menggunakan HUAWEI Mate 20. Menariknya, pengguna boleh berkongsi 1000 gambar dalam hanya 2 minit.

Komputer riba ini akan ditawarkan bermula 6 April 2019 di Malaysia. Bagi anda yang membuat

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here