HONOR 20 Lite Kini Mendarat Di Pasaran Tempatan – Ditawarkan Pada Harga RM949!

223
**********

Jenama terkemuka dunia, HONOR baru sahaja melancar lagi satu peranti pintar baharu iaitu HONOR 20 Lite yang pasti menjanjikan pengalaman merakam imej sempurna yang mempersonakan.

HONOR 20 Lite merupakan peranti pertama HONOR yang di datangkan dengan ketersediaan tiga kamera utama dengan resolusi 24MP + 8MP + 2MP. Untuk kamera swafoto pula, ia hadir dengan resolusi 32MP.

HONOR 20 Lite disertakan dengan paparan berukuran 6.21 inci FHD+ (2340 x 1080 Piksel) bersama rekaan Dewdrop Display. Ia dijana oleh cip Kirin 710 dan menggunakan sistem operasi Android 9.0 + EMUI 9.0. Untuk memori, ia didatangkan memori 4GB RAM + 128GB ROM. Turut diselitkan GPU Turbo 2.0 untuk pengalaman gaming terbaik!

Melengkapinya, bateri berkapasiti 3,400mAh dan ketersediaan pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang. HONOR 20 Lite didatangkan dengan dua pilihan warna menarik iaitu Phantom Blue dan Phantom Red.

Ditawarkan pada harga RM949, HONOR 20 Lite boleh didapati mulai 24 April 2019 menerusi gedung beli belah atas talian HiHonor dan Shopee! 500 pelanggan terawal yang membuat pembelian di Shopee bakal menerima drawstring bag eksklusif HONOR dan shopee coins lebih daripada RM30.

1,000 pembeli seterusnya pula bakal menerima kotak eksklusif HONOR dan shopee coins lebih daripada RM30. Tidak ketinggalan, 50 pelanggan terawal yang membuat pembelian di HiHonor pbakal mendapat kotak hadiah eksklusif HONOR.

Tidak suka beli online? Anda juga boleh mendapatkan HONOR 20 Lite melalui kedai fizikal dan pengedar sah di seluruh Malaysia bermula 26 April 2019. 50 pembeli terawal bakal menerima drawstring bag eksklusif HONOR!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here