Hasil Gambar Realme 3 Pro Terdedah – Bakal Diperkenal Pada 22 April 2019

254
**********

Selepas Realme 3, kini giliran Realme 3 Pro pula menyusul. Laporan yang memetik beberapa sumber mendedahkan model ini bakal diperkenalkan secara rasmi pada 22 April kelak dalam sebuah acara pelancaran berlangsung di India.

Hasil gambar Realme 3 pro juga mula menjengah di media sosial dan dikongsi sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Realme India, Madhav Sheth menerusi beberapa posting di Twitter miliknya. Memetik foto dikongsi, telefon ini mempunyai keupayaan kamera yang terbaik.

Sebelum ini terdapat ketirisan maklumat mengatakan Realme 3 Pro mungkin dikuasakan oleh cip Snapdragon 710, kamera utama 16MP (sensor Sony IMX519) dan pengecasan pantas VOOC 3.0. Untuk memori pula, ia bakal diiringi tiga pilihan varian iaitu iaitu 4GB + 32GB, 4GB + 64GB dan 6GB + 64GB.

[SUMBER] , [SUMBER 1]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here