Digi WiFi iFleet – Tawarkan Kemudahan WiFi Untuk Bas, Van Dan Pengangkutan Darat Lain

408
**********

Digi telah melancarkan kemudahan WiFi iFleet yang membolehkan syarikat bas dan kereta api serta pengendali pengangkutan darat yang lain menawarkan akses internet yang lancar kepada penumpang semasa dalam perjalanan,

Perkhidmatan baharu ini telah diuji oleh beberapa orang pengguna dan terkini di Sarawak melalui Bas Kuching, yang merupakan perkhidmatan bas elektrik di negeri tersebut. Inisiatif ini telah diterima baik kerana berhasil memberi akses internet yang cepat dan lancar kepada penumpang sepanjang perjalanan harian mereka.

Dengan WiFi iFleet, pengendali pengangkutan darat dapat mengurangkan kos operasi di samping juga boleh memaparkan mesej yang bersesuaian dengan jenama mereka atau iklan di halaman utama WiFi bagi memperibadikan lagi perkhidmatan mereka kepada penumpang.

WiFi iFleet menyediakan sambungan yang stabil dan pantas melalui rangkaian 4G-LTE Digi. Perkhidmatan ini menyokong beberapa pengguna dalam masa yang sama dan turut menawarkan sambungan melangkaui sempadan meliputi Singapura dan Thailand.

Untuk maklumat lanjut, sila layari WiFi iFleet.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here