Dapatkan Promosi Menarik Pada Sambutan Ulang Tahun Ke-5 HUAWEI Online Official Store

244
**********

Pada bulan ini, HUAWEI bakal melaksanakan kempen sambutan ulang tahun ke 5 HUAWEI Online Official Store’s. Bermula dari 22 hingga 30 April, HUAWEI Online Official Store bakal menawarkan pelbagai hadiah percuma, potongan harga dan pengguna boleh mengambil bahagian dalam tawaran kilat dan permainan.

Menariknya kali ini, menerusi ‘Grow Your Shopping Money’ membenarkan pembeli untuk meletakkan sejumlah wang sebagai deposit di antara 24 hingga 28 April dan anda boleh melihat jumlah tersebut berkembang untuk mendapatkan penjimatan sehinga 5 kali nilai deposit apabila menyelesaikan pembelian dari 29 hingga 30 April.

Contohnya, sekiranya pembeli ingin membeli HUAWEI Mate 20 Pro yang bernilai RM2999 ketika kempen ini, anda perlu membayar ‘Shopping Deposit’ terlebih dahulu sebanyak RM60 di antara 24 hingga 28 April. Nilai tersebut akan bertambah kepada RM300. Pada ketika anda membeli peranti tersebut anda mendapat potongan sebanyak RM300 dan hanya perlu membayar sebanyak RM2699. Berikut adalah senarai telefon yang boleh dibeli:

Selain itu, dari 24 April hingga 30 April, pembeli akan menerima hadiah eksklusif secara percuma di bawah ‘Birthday Treats’ ketika membeli produk-produk berikut:

Lebih menarik lagi, ‘Daily Flash Deals’ akan berlangsung setiap hari dari 24 April hingga 28 April pada jam 12 tengah hari. Pada waktu tersebut, anda akan menikmati penjimatan sehingga RM490 bagi barangan promosi seperti HUAWEI 20,000 mAh Quick Charge Powerbank, HUAWEI “Soundstone” Portable Bluetooth® Speaker, HUAWEI Y Max, HUAWEI AH100 Body Fat Scale, HUAWEI M3 Lite dan banyak lagi. Selain itu, pada 29 April ini sahaja, ‘Flash Deals’ akan berlangsung sebanyak 3 kali iaitu 9 pagi, 12 tengah hari dan 3 petang.

Dalam pada itu, ketika 22 hingga 28 April ini juga, pemilik HUAWEI P9 Series, HUAWEI P10 Series dan HUAWEI P20 Series akan menerima baucer khas bernilai RM239 bagi membeli mana-mana exclusive bundle dari HUAWEI Siri P30.

Baucer tersebut hanya boleh ditebus di HUAWEI Online Official Store dari 29 April sehingga 30 April bagi HUAWEI siri P yang mendaftar di laman atas talian. Pengguna yang berminat perlu mengisi nombor siri HUAWEI siri P mereka pada laman tersebut.

Bagi menjadikan sambutan ini meriah, pembeli boleh mengambil bahagian dalam ‘Race Master’ dari 22 hingga 28 April untuk menguji skil dan ketangkasan mereka untuk mendapatkan markah tinggi. Dengan menyertai, anda boleh mendapat baucer bernilai RM10 yang boleh digunakan di kedai.

8 orang yang mendapat skor tertinggi akan menerima baucer bernilai RM50 untuk digunakan bagi membeli HUAWEI Y7 Pro, HUAWEI Y9, HUAWEI Y Max, HUAWEI nova 3i, HUAWEI nova 4, and HUAWEI nova 4e. Ia perlu dilakukan sebelum 30 April.

bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang HUAWEI atau laman Facebook.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here