Acer Nitro 5 Bakal Menjengah Pasaran Malaysia Pada Awal Mei – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM3499

352
**********

Peminat jenama Acer pastinya tidak sabar menantikan kehadiran Nitro 5 hadir ke Malaysia. Jangan bimbang kerana ia bakal menjengah di pasaran malaysia pada awal Mei. Terdapat 2 varian yang akan dijual di Malaysia iaitu Intel® Core™ i5-9300H processor yang dijual pada harga RM3499 manakala 1 lagi varian adalah Intel® Core™ i7-9750H processor dijual pada harga RM4399.

ia akan tersedia di seluruh Acer official online stores dan di semua pengedar Acer yang sah diseluruh negara.

Menariknya mengenai peranti ini adalah ia disertakan dengan NVIDIA® GeForce® GTX 1650 graphics yang terbaharu. Dikuasakan oleh Intel Core i7-9750H atau i5-9300H yang merupakan pemproses generasi ke 9. Ia turut disertakan dengan 4GB GDDR5 VRAM dan 256 GB Superfast PCIe SSD; 4 GB DDR4 RAM (boleh dipertingkat sehingga 16GB DDR4 system memory, dan 32GB menggunakan 2 soDIMM modules).

Dari aspek paparan pula ia turut menyerlah apabila ia disertakan dengan 15.6 inci dengan bezel nipis. Paparan pastinya lebih menakjubkan. Sistem penyejukkan juga sangat baik apabila ia disertakan dengan Dual Fan Cooling Systems dan teknologi CoolBoost Cooling. Menambah keistimewaan adalah backlit pada papan kekunci yang sangat menggiurkan.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here