Cabaran Samsung #EraofLIVE Di Tik Tok – Peluang Tunjuk Bakat Dalam MV “Milikmu” Bersama Artis Terkenal

613

Mulai 17 April hingga 15 Mei 2019, anda yang berbakat dan cukup kreativiti boleh menyertai cabaran #EraofLIVE yang dianjurkan oleh Samsung Malaysia di Tik Tok. Tunjukkan bakat anda dalam MV “Milikmu” bersama artist tempatan Nabila Razali, Haqiem Rusli dan Ismail Izzani!

Hanya 6 langkah mudah untuk menyertai:
  1. Sertai cabaran #EraofLIVE di TikTok dan tekan “add song”
  2. Cari “Milikmu”
  3. Menari dan merakam video tersebut
  4. Post video tersebut di TikTok dengan hashtag #EraofLIVE
  5. Pastikan profil anda ditetapkan sebagai umum (public)
  6. Kongsi video di laman sosial anda!

Di samping itu, trak kampus #EraofLIVE akan membuat jelajah ke kampus tempatan bersama artist tempatan. Anda boleh sertai cabaran ini bersama mereka di lokasi tertentu, selain boleh dapat juga hadiah istimewa bagi setiap rakaman video cabaran ini.

[ BACA: Reviu Eksklusif : SAMSUNG Galaxy A50 – Peranti Memukau Yang Benar-Benar Ada Superpower! ]

Tambahan lagi, anda juga boleh menikmati barangan eksklusif BlackPink bagi setiap pembelian Galaxy A10, A20, A30 atau A50 di kampus yang disenaraikan seperti berikut:

Tarikh Lokasi
17th April (Rabu) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
18th April (Khamis) Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
19th April (Jumaat) Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang
22nd April (Isnin) Universiti Sains Malaysia (USM), Penang
23rd April (Selasa) Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
24th April (Rabu) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sungai Buloh
25th April (Khamis) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Alam
27th April (Sabtu) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru
2nd May (Khamis) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
3rd May (Jumaat) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Putrajaya

 

_____________________

Artikel Berkaitan:

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here