Beli 1 Percuma 1 HUAWEI Siri P30 Menerusi Maxis Zerolution

878

Berita baik buat mereka yang ingin memiliki HUAWEI siri P30 ini. Maxis kini menawarkan kepada pengguna 2 peranti HUAWEI siri P30 pada harga RM99/sebulan menerusi Maxis Zerolution apabila anda mendaftar MaxisOne Plan 188 dengan MaxisONE Share Line yang baharu.

HUAWEI P30 anda juga disertakan dengan perlindungan kerosakan dan kecurian menerusi Zerolution360.

Bagi masa terhad sahaja, dapatkan hadiah percuma bernilai sehinga RM599 dengan setiap pembelian HUAWEI siri P30 sementara stok masih ada.

Apa yang pasti, peranti ini menampilkan kamera SuperSensing 40MP Leica Triple (40MP utama + 16MP lebar sudut + 8MP telephoto) dengan AIS dan OIS bagi P30.

Dalam pada itu, P30 Pro pula disertakan dengan SuperSensing 40MP Leica-made quad camera system, (20MP ultra wide + 40MP wide angle + 8MP 5x telephoto + ToF). Apa yang pasti, kedua-dua peranti ini disertakan dengan kamera swafoto 32MP dengan AI HDR+.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Maxis.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here