**********

Siri HUAWEI P30 merupakan peneraju fotografi telefon pintar. Siri ini hadir dengan reka bentuk serba baru yang mana terdiri daripada sejumlah warna penuh bergaya dan menerima sentuhan eksklusif seperti Aurora Blue, Breathing Crystal dan Amber Sunrise.

Bercakap mengenai kamera, siri HUAWEI P30 dilengkapi sensor RYYB 1/1.7 inci yang mana meningkatkan kadar penginderaan cahaya sebanyak 40%. Sekaligus, menjadikan ia peranti dengan keupayaan cahaya rendah paling baik pernah dihasilkan oleh HUAWEI.

Walaupun di bawah cahaya melampau, HUAWEI P30 Pro masih boleh menangkap warna dengan mudah. Ia juga boleh mengambil gambar aurora yang indah menggunakan mod malam. Untuk gambar galaksi, pengguna perlu menggunakan tripod – aktifkan mode profesional dan laraskan ISO kepada 1600, exposure 30 saat.

Siri HUAWEI P30 memiliki keupayaan zoom yang dasyat iaitu :

HUAWEI P30 HUAWEI P30 Pro
3x Zum Optik 5x Zoom Optik
5x Optik + Zum Digital 10x Optik + Zum Digital
30x Zum maksimum Maksimum sehingga 50x zum

 

Setiap foto yang diambil menggunakan Siri HUAWEI P30 dilihat setanding gambar yang diambil oleh mereka yang profesional. Bahkan, kamera HUAWEI TOF baru yang dipertingkatkan dapat menghasilkan efek bokeh yang lebih semula jadi.

Tidak ketinggalan, teknologi AI HDR + pula mampu menghasilkan gambar potret dengan efek latar belakang yang jelas dan mod sudut lebar pula untuk perspektif yang lebih luas. Tak kalah menarik, kamera Siri HUAWEI P30 juga memiliki prestasi super macro yang sangat baik.

Dengan keupayaan ciri videografi dipertingkatkan, kini semua boleh menjadi videographer professional dengan Siri HUAWEI P30. Siri ini membolehkan pengguna merakam adegan malam yang indah dengan sempurna.

Bahkan, ia juga hadir dengan ciri menarik dipanggil Dual-View Video mode terbina pada HUAWEI P30 Pro. Melaluinya, pengguna boleh merakam dua video secara serentak – menerusi kanta super sudut lebar dan lensa telephoto.

Bateri pun tak nak kalah! HUAWEI P30 Pro dilengkapi bateri 4,200mAh dengan sokongan HUAWEI SuperCharge 2.0 di bawah output 40W. Menariknya lagi, P30 Pro juga sokong pengecasan tanpa wayar pada kadar kuasa 15W. Bateri HUAWEI P30 pula bersaiz 3,650 mAh bersama sokongan HUAWEI SuperCharge 22.5W.

Ciri-ciri menarik lain yang terbina dalam siri HUAWEI P30 termasuklah:
  • Kunci kereta pintar – Telefon boleh digunakan untuk membuka pintu kereta, menghidupkan enjin kereta dan mengunci kereta;
  • Smartphone yang kalis air dan debu. HUAWEI P30 hadir dengan penarafan IP53. Manakala, HUAWEI P30 Pro lengkap dengan penarafan IP68.
  • Dual-channel GPS, Double 4G, Double VoLTE, sokong kad Huawei NM, Ultra-clear audio

 

Bagi yang berminat, Siri HUAWEI P30 ditawarkan pada harga:
MODEL WARNA VERSI HARGA
HUAWEI P30 PRO Breathing Crystal, Aurora,Black 8GB RAM + 256GB ROM RM3,799
8GB RAM + 512GB ROM RM4,399
HUAWEI P30
8GB RAM + 128GB ROM RM2,699

 

**Advertorial dari HUAWEI Malaysia

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here