Apple Kalah Saman Ke Atas Swatch, Berkaitan Frasa “One More Thing”

289
**********

Baru – baru ini apple telah menyaman Swatch kerana penggunaan slogan “one more thing” yang telah difailkan di Australia. Namun berita buruk buat Apple apabila dalam saman tersebut mereka telah kalah kepada Swatch.

Sebelum ini Apple beranggapan bahawa ayat “one more thing” ini sudah sinonim dengan Steve Jobs dan Swatch tidak dibenarkan menggunakan perkataan tersebut. Walaubagaimanapun Swatch membidas tuduhan tersebut dengan menyatakan bahawa ayat tersebut digunakan bagi melancarkan filem noir yang diinspirasikan daripada set jam tangan.

Mereka turut berkata bahawa frasa tersebut diinsiprasikan dari siri televisyen popular “Columbo” yang mana ia sering menggunakan ayat “just one more thing.

Sebelum ini juga, pada tahun 2017, Apple telah menyaman Swatch atas slogan pemasaran “Tick Different”.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here