Aksesori : HUAWEI P30 Hadir Dengan Sarung Pelindung Pengecasan Tanpa Wayar

1069

Kita sedia maklum, HUAWEI hanya menawarkan pengecasan tanpa wayar pada HUAWEI P30 Pro sahaja. Namun jika anda ingin merasai kelebihan ini pada HUAWEI P30, syarikat tersebut ada jalan penyelesaiannya – HUAWEI P30 Wireless Charging Case.

HUAWEI telahpun melancarkan sarung pelindung khusus untuk pengguna HUAWEI P30. Selain berfungsi sebagai sarung pelindung biasa, ia juga membolehkan HUAWEI P30 menerima fungsi pengecasan tanpa wayar Qi dengan kuasa mengecas mencapai 10W.

Sarung pelindung ini juga selamat kerana ia telah menerima pensijilan pensijilan keselamatan TÜV Rheinland dan pensijilan QI. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk berlubang dan tekstur yang tidak licin untuk cengkaman lebih baik.

Difahamkan, ia turut terbina dengan bahan magnet getah bagi memudahkan pengguna menggantung peranti di dok kereta. Sarung pelindung ini tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Orange dan Green.

Sekadar makluman, siri HUAWEI P30 telah rasmi di Malaysia dan ia ditawarkan pada harga berikut:

MODEL  HARGA
HUAWEI P30 RM 2,699
HUAWEI P30 Pro (8GB + 256GB) RM 3,799
HUAWEI P30 Pro (8GB + 512GB) RM 4,399

Menariknya, satu HUAWEI Backup bernilai RM599 menanti 6000 pembeli bertuah. Tidak ketinggalan, pembelian P30 Pro bakal hadir dengan HUAWEI Snorkeling case bernilai RM428 dan pembelian P30 pula menerima Wireless Charging back cover berharga RM268 secara percuma. Pra-tempah telah dibuka!

PRA TEMPAH DI SINI —–> https://bit.ly/2FC7SUu

Untuk makluman juga, jualan pertama siri HUAWEI P30 akan diadakan pada 6 April 2019 di 11 lokasi berbeza di seluruh Malaysia. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai senarai lokasi dengan KLIK PADA PAUTAN INI.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here